Terdapat 274 berita berdasarkan kata kunci carian "bank"

Harshal Shah Dilantik Sebagai CEO Kumpulan Manulife Holdings, Manulife Insurance

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Manulife Financial Corporation melantik Harshal Shah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Manulife Holdings Bhd dan CEO of Manulife Insurance Bhd berkuat kuasa 20 November 2026.

Kewangan Islam Pada Kedudukan Baik, Sokong Keperluan Pelaburan ASEAN Yang Meningkat – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan pelaburan rantau ini yang semakin meningkat dalam peralihan tenaga, daya tahan iklim dan pembangunan infrastruktur mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Jualan Saham Teknologi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila jualan besar-besaran saham berkaitan teknologi di peringkat global menjejaskan sentimen pelabur.

Maybank Laksana urus Niaga Pertama MGS Dalam Bentuk Token Digital Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Maybank berjaya menyelesaikan urus niaga tokenisasi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang pertama di negara ini menerusi program perintis bersama cabang insuransnya Etiqa Life Insurance Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Sentimen Elak Risiko Global

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat didorong oleh sentimen menghindari risiko global yang kembali meningkat, dengan sektor teknologi menjadi perhatian berikutan kemungkinan pelanggaran peraturan eksport cip Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat selepas minggu dagangan yang tidak menentu dalam keadaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, terjejas oleh ketidaktentuan global yang berlarutan.

Modal Harus Jana Manfaat Ekonomi Lebih Meluas, Sokong Generasi Masa Depan - Fadillah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Modal harus menjana manfaat ekonomi yang lebih luas dengan pelaburan dalam tenaga boleh baharu (TBB), inovasi dan kelestarian menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta generasi akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Keputusan Di APEC Shenzhen Bakal Menjadi Asas Hala Tuju Daya Tahan, Kemakmuran Ekonomi Rantau Ini - PM Anwar

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Keputusan yang dihasilkan pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 akan menjadi penentu dan pembentuk kepada daya tahan serta kemakmuran ekonomi rantau ini untuk generasi akan datang, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kekurangan Minat Belian

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan minat belian yang terhad susulan ketiadaan sokongan belian yang kukuh dalam keadaan prestasi bercampur-campur Wall Street.

Pertumbuhan KDNK Kukuh Pacu Pengukuhan Ringgit Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, disokong sentimen yang bertambah baik susulan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang lebih kukuh pada suku ketiga 2026.

Kenanga IB Kekalkan Unjuran Lebihan Akaun Semasa 2026 Pada 2.1 Peratus Daripada KDNK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.

Kertas Strategi BNM Perluas Penggunaan Kontrak Syariah Dalam Pembiayaan, Pelaburan

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kertas Strategi terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) menggariskan bagaimana rangkaian kontrak Syariah yang lebih luas boleh diaplikasikan secara lebih terarah dan pelbagai bagi memenuhi keperluan pembiayaan, pelaburan dan perlindungan yang semakin berkembang, menurut bank pusat itu.