2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan pelaburan rantau ini yang semakin meningkat dalam peralihan tenaga, daya tahan iklim dan pembangunan infrastruktur mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2hari ago
ALOR SETAR, 20 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Special Renewable Energy Zone@NCER (SREEZ@NCER) yang diterajui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mencatat kemajuan penting dengan bermulanya pembinaan projek solar pertama Malaysia di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) di Kedah Rubber City (KRC).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dalam proses mendapatkan khidmat firma guaman tempatan di Arab
2hari ago
SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Menteri-menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menggesa pembaharuan yang bermakna dilaksanakan terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi menambah baik fungsinya dan memastikan ia kekal relevan dan responsif terhadap kepentingan negara anggota dalam menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin berkembang.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat didorong oleh sentimen menghindari risiko global yang kembali meningkat, dengan sektor teknologi menjadi perhatian berikutan kemungkinan pelanggaran peraturan eksport cip Amerika Syarikat (AS).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan semua pembida bagi Boustead Plantations Bhd (BPlant) adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat Bumiputera, selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.
2hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat selepas minggu dagangan yang tidak menentu dalam keadaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, terjejas oleh ketidaktentuan global yang berlarutan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor menyasarkan untuk memastikan perkongsian global merentasi semua sektor diterjemahkan kepada peluang bagi membangunkan bakat tempatan serta memperkukuh perniagaan Malaysia, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd meningkat kepada RM105.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, berbanding RM83.77 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat di bawah FitchSolutions menyemak semula unjuran purata harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 kepada RM4,382 satu tan daripada RM4,453 satu tan, mencerminkan prestasi harga yang lebih rendah daripada jangkaan pada suku keempat 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang menyiasat aduan yang mendakwa berlakunya pencampuran minyak masak diimport dengan bekalan tempatan, serta pelabelan semula produk untuk dieksport sebagai produk Malaysia.