1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati pada minggu depan ketika pelabur dijangka menumpukan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor pembuatan China serta data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan petunjuk terkini mengenai prospek ekonomi global.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka dipengaruhi oleh pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa hari akan datang, menjelang pengumuman data senarai gaji bukan pertanian (NFP) AS untuk November 2026 pada penghujung minggu depan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS minggu depan, memandangkan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus mendapat sokongan daripada jangkaan kenaikan seterusnya kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka didagangkan tidak berubah dengan kecenderungan menaik minggu depan, dalam keadaan bekalan dan dinamik permintaan yang agak stabil.
1hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 27 Nov (Bernama) -- Kadar penggunaan kemudahan penyimpanan di Terminal Laut Dalam Pengerang (PDT) terus mencatat lebih 90 peratus, mencerminkan permintaan kukuh terhadap perkhidmatan terminal itu di hab tenaga berkenaan, menurut DIALOG Group Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan harga sasaran yang disemak naik, memandangkan pendapatan sesaham (EPS) teras dijangka meningkat secara suku ke suku pada suku keempat (S4) tahun 2026.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat susulan belian berterusan semasa harga rendah, kenaikan harga minyak mentah dan minyak sayuran pesaing.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd susut kepada RM27.75 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026, berbanding RM28.21 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd (Allianz Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM195.89 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 September 2026, berbanding RM234.17 juta pada suku yang sama tahun lepas.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan pelantikan Adrian Marcellus sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia selain melonjakkan aspirasi negara untuk muncul sebuah Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030.
2hari ago
PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Grab Malaysia sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan agensinya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi melaksanakan model Bayaran Servis Grab (GSF) secara kekal.