10hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh ISF Group Bhd, Yeo Plumber Sdn Bhd telah memperoleh projek pusat data berskala hiper di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan nilai kontrak gabungan sebanyak RM83.2 juta dari sebuah kumpulan kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan yang berpangkalan di Malaysia.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin yang menjejaki peningkatan di pasaran tunai.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Dialog Group Bhd sedang menjalankan fasa pengembangan baharu di terminal Tanjung Langsatnya di Johor dengan tambahan kapasiti penyimpanan 100,000 meter padu untuk produk petroleum.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menyelesaikan pemindahan perniagaan pemprosesan gas dan utilitinya kepada dua anak syarikat di bawah cadangan penyusunan semula dalaman, yang berkuat kuasa pada 1 November 2026.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- TI TNB Genco Solar Kenyir 1 Sdn Bhd (TI TNB GENCO) mengemukakan kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN bernilai sehingga RM2 bilion dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 Okt, 2026.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Minyak mentah penanda aras global Brent dijangka mencecah paras US$100 setong menjelang akhir 2026, meningkat berbanding unjuran awal US$85 setong sebelum ini manakala unjuran bagi penghujung 2027 dinaikkan kepada US$85 daripada US$75 setong, menurut OCBC Group Research.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin di tengah-tengah prestasi kukuh Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Signature Alliance Group (SAG), Zig Zag Builders memperoleh kontrak bernilai RM51.56 juta untuk melaksanakan kerja pembangunan semula dan pengubahsuaian Underwater World Langkawi di Kedah.
11hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila prospek data ekonomi Amerika Syarikat yang positif memberikan sokongan kepada mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Federal International Holdings Bhd (FIHB), Federal Builders Industries Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM46.96 juta daripada Perumahan Masteron Sdn Bhd.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Handal Energy Bhd sedang menyediakan representasi bertulis kepada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi menjelaskan faktor syarikat itu tidak seharusnya dinyahsenaraikan dan akan mengemukakannya pada 10 Nov, 2026.
11hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, pulih daripada penyusutan awal untuk kekal melepasi paras 1,600 mata, disokong aktiviti pembelian terpilih pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi dan berkaitan komoditi walaupun saham teknologi terus menyusut.