13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji keperluan dan strategi untuk mewujudkan stok simpanan petroleum negara bagi menjamin keterjaminan tenaga serta memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan krisis bekalan global.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- BMI, sebuah unit Fitch Solutions, menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan perlahan pada separuh kedua 2026, memandangkan momentum yang lebih kukuh daripada jangkaan setakat ini.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia menyerlah sebagai pilihan kedua paling menarik bagi pasaran modal global selepas Amerika Syarikat (AS), didorong oleh prospek ekonomi domestik yang baik, dasar monetari stabil serta aliran modal yang berdaya tahan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia menjadi pemacu utama pertumbuhan penerbitan sukuk global pada separuh pertama 2026 apabila penerbitan kukuh dalam mata wang tempatan mengimbangi penerbitan sukuk yang lebih lemah dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), menurut S&P Global Ratings.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai antara mata wang berprestasi tinggi selain dolar Singapura bagi rantau ini, disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh dan impak peningkatan harga minyak meskipun dalam senario pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Standard Chartered Bank.
13hari ago
BUKIT MERTAJAM, 15 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah berpangkalan di Pulau Pinang, PTL Properties Sdn Bhd secara rasmi membuka galeri jualan The Rimbun, pembangunan strata rumah bandar mampu milik terbaru di Bukit Mertajam.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) meraih tiga anugerah berprestij pada The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2026.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dipengaruhi aktiviti pengambilan untung terutama dalam saham perbankan dan utiliti.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Enest Group Bhd merancang menggandakan kapasiti pengeluaran sarang burung walit menerusi pembangunan kemudahan pembuatan baharu di Kajang yang dijangka mula beroperasi pada 2028.