BERITA TERKINI   Perak umum Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar | Perak bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.693 bilion, merangkumi RM1.1 bilion perbelanjaan mengurus dan RM593 juta pembangunan | PM Anwar nafi dakwaan kerajaan sebar minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan | PM Anwar tidak setuju dengan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, serah tindakan lanjut kepada pihak berkuasa | Tiada layanan dua darjat dalam sebarang siasatan berkaitan pihak yang menyentuh isu 3R - PM Anwar | 

Terdapat 409 berita berdasarkan kata kunci carian "labur"

GMV Ekonomi Digital Malaysia Diunjur US$48 Bilion Pada 2026, Setanding Vietnam -- Laporan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia diunjur mencapai nilai barangan kasar (GMV) sebanyak US$48 bilion (US$1 = RM4.08) pada 2026, menurut laporan tahunan e-Conomy SEA (Asia Tenggara) bagi edisi ke-11 2026.

Belian Pada Akhir Dagangan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih terutama saham utiliti, mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu, seiring dengan pasaran serantau.

Kerajaan Belum Beri Keputusan 24 Permohonan Baharu Pusat Data - Johari Ghani

KUALA LUMPUR, Okt 28 (Bernama) -- Kerajaan belum memberikan keputusan terhadap 24 permohonan baharu pusat data kerana mahu menilai kecukupan bekalan tenaga bagi menampung projek yang telah diluluskan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Bursa Malaysia Naik 10 Peratus Kepada RM70.20 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 10 peratus kepada RM70.20 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 daripada RM63.84 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

SIC Kaji Semula Harga Tiket MotoGP, Caj Sewaan Litar Bagi Tingkatkan Perolehan -- CEO

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.

Malaysia Gesa Kerjasama Global Lebih Kukuh Pastikan Keterjaminan Bekalan Gas

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa diperkukuh bagi memastikan kestabilan pasaran gas global dan jaminan bekalan tenaga yang menjadi asas penting kepada daya saing industri, keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi mampan. 

Kilang Safran Di Negeri Sembilan Hasilkan 27 Peratus Cakera Brek Karbon Global

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kilang pembuatan cakera brek karbon Safran Group di Sendayan, Negeri Sembilan menyumbang 27 peratus daripada jumlah pengeluaran globalnya sekali gus mengukuhkan kepentingan operasi Malaysia dalam rangkaian pembuatan global Safran.

Fitch Sasar Aset Kewangan Islam Malaysia Lebih US$800 Bilion, Pertumbuhan Dijangka Berterusan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Fitch Ratings mengunjurkan industri kewangan Islam Malaysia melebihi US$800 bilion (US$1 = RM4.08) pada akhir suku ketiga 2026 dengan pertumbuhan dijangka berterusan, disokong oleh pasaran domestik yang kukuh, ekosistem yang matang serta sokongan dasar menerusi Belanjawan 2027.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Sentimen Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street selepas pengumuman pembiayaan baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Untuk Hari Dagangan Kelapan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan kelapan berturut-turut hari ini, mencerminkan momentum mata wang tempatan yang positif secara berterusan pada awal dagangan.

Eksport Malaysia Ke AS Melonjak 69.1 Peratus Kepada RM282.07 Bilion – MITI

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 69.1 peratus kepada RM282.07 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 manakala jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 39.6 peratus kepada RM378.70 bilion.

KWSP Perlu Bantu Lebih Ramai Rakyat Cukup Simpanan Persaraan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi dengan menyesuaikan diri terhadap perubahan corak pekerjaan di samping terus memberikan pulangan yang mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.