1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- AIA Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen individu bernilai bersih tinggi (high-net-worth, HNW) menerusi AIA Infinite, platform pengurusan kekayaan bersepadu yang menyokong pemeliharaan kekayaan, perancangan legasi serta kesinambungan kewangan merentas generasi, ketika persekitaran kewangan global semakin kompleks dan saling berkait.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), anak syarikat kepada Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), mengumumkan pelantikan Samad Majid Zain sebagai ketua pegawai eksekutif berkuat kuasa 1 Julai, 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak telah memberikan kelulusan secara prinsip bagi pelantikan anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd, Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) sebagai operator Pelabuhan Bintulu di bawah Seksyen 12(2) Ordinan Lembaga Pelabuhan 1961.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia melantik Datuk Zaini Yusoff sebagai presiden baharu bagi penggal 2026-2028, menggantikan Datuk Ir Ho Hon Sang susulan mesyuarat perwakilan tahunan persatuan itu pada 27 Jun 2026.
1bulan ago
SERDANG, 26 Jun (Bernama) -- Pengeluar pesawat ringan Malaysia, Aeronas Aerocraft Sdn Bhd telah menerima tempahan terkumpul sebanyak 50 unit pesawat ringan bernilai US$85 juta (RM357 juta) daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong, Consortium Wholechoice.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Azmil Khalid sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutifnya yang berkuat kuasa pada 18 Jun, 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengurus Pelaburan Hartanah (REIT) Malaysia (MRMA) melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd Derek Teh Wan Wei sebagai pengerusi persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) baru-baru ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ahmad Farrin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 8 Jun, menggantikan Zainora Zainal yang bersara pada 15 Januari lepas.