18hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menjangka jumlah jualan kenderaannya mencecah 200,000 unit pada 2026, akan menjadi prestasi jualan tahunan tertingginya dalam tempoh 15 tahun didorong oleh prestasi yang kukuh pada separuh pertama tahun ini.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Aset di bawah pengurusan (AUM) Sime Darby Property Bhd meningkat kepada RM5 bilion pada separuh pertama 2026 berikutan pemaju hartanah itu terus memperluas portfolio pendapatan berulang dan pada masa sama mengekalkan lembaran imbangan yang berdaya tahan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Batu Kawan Bhd (Batu Kawan) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM653.16 juta pada suku ketiga 2026 yang berakhir pada 30 Jun 2026, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM182.92 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd melonjak 124.4 peratus kepada RM322.03 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM143.54 juta pada suku yang sama tahun lepas.
20hari ago
SHAH ALAM, 24 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) terus memperluas akses kepada perkhidmatan perbankan Islam menerusi pembukaan rasmi cawangan Kuala Selangor hari ini.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia berjaya memperoleh hak penganjuran Kongres Antarabangsa Parasitologi (ICOPA) 2030, yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak dari 18 hingga 23 Ogos, 2030.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia mencecah RM2.16 trilion bagi tempoh Januari-Julai 2026, melonjak 24.7 peratus tahun ke tahun, didorong oleh permintaan eksport yang kukuh, demikian menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) hari ini mengumumkan persaraan Pengerusinya, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkuat kuasa 22 Ogos 2026, iaitu selepas enam tahun menganggotai Lembaga Pengarah.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) mencatatkan lonjakan untung bersih iaitu sebanyak RM60.59 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 daripada RM10.05 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM27.08 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bintai Kinden Corporation Bhd, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd menerima kontrak daripada PLUS Malaysia Bhd bagi projek pembangunan melibatkan dua bidang tanah dengan keluasan kira-kira 41.68 hektar di Ayer Keroh, Melaka.