22jam ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- AirAsia Malaysia telah berjaya memperbaharui Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang sah sehingga 30 September 2029.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-22 yang akan membuka tirainya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Rabu ini dijangka menarik 50,000 pengunjung dari 45 negara.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik 51 peratus Southern Score Builders Bhd iaitu SJEE Engineering Sdn Bhd (SJEE) memperoleh subkontrak bernilai RM40 juta daripada sebuah syarikat pembinaan tempatan bagi kerja-kerja elektrik untuk projek pusat data di Nilai, Negeri Sembilan.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
22jam ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Industri automotif Malaysia merekodkan penurunan tiga peratus dari bulan ke bulan dalam jumlah volum industri (TIV) kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 tetapi momentum jualan dijangka kekal positif untuk separuh kedua tahun ini.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Malaysia dijangka menaikkan harga sebanyak US$2.00-US$2.50 setiap karton pada Oktober, dengan satu lagi kenaikan dijangka pada November jika kos lateks nitril terus meningkat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
23jam ago
Daripada Harlina Samson
SHANGHAI, 21 Sept (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou bermula Selasa bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi, memajukan rangka kerja perdagangan digital serta menekankan mengenai kepentingan pembangunan bakat teknikal.
1hari ago
Oleh Kamarul Halim M Kamal
SEGAMAT, 21 Sept (Bernama) -- Syarikat penyedia perkhidmatan logistik dan pengangkutan Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd bercadang membangunkan sebuah mini pelabuhan darat menggunakan landasan sisi di Stesen Kereta Api Mengkibol, Kluang bagi memenuhi keperluan pengangkutan kargo berasaskan rel di kawasan tengah dan timur Johor.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pemegang unit AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) hari ini meluluskan cadangan penjualan Menara AmBank bernilai RM331 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pelaburan pusat data dijangka menjadi pemacu pertumbuhan baharu bagi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dengan permintaan elektrik daripada sektor itu diunjurkan melebihi 8,000 megawatt (MW) menjelang 2035, bersamaan 30 peratus daripada keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik Malaysia.
1hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 21 Sept (Bernama) -- Usaha integrasi ekonomi ASEAN seterusnya boleh dirangka berdasarkan prinsip-prinsip yang ditekankan oleh Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 Malaysia.
1hari ago
TANJONG MALIM, 21 Sept (Bernama) -- Pembangunan Tanjong Malim Hi-Tech Park yang merangkumi kawasan seluas 178.8 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion disasarkan siap sepenuhnya menjelang suku ketiga 2029.