BERITA TERKINI   Fasa pertama JENDELA 2 di Sarawak libatkan 350 lokasi dengan peruntukan RM545 juta - Fahmi Fadzil | RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini | China mahu perluas kerjasama dengan Malaysia melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan - TPM Ahmad Zahid | China sedia teliti pembiayaan bagi projek berimpak tinggi di Malaysia menerusi Exim Bank China - TPM Ahmad Zahid | China sedia melabur dalam dua projek besar di Malaysia, PM Anwar akan umum kelak - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 1246 berita berdasarkan kata kunci carian "bernama"

Kementerian Ekonomi Terima 9,955 Projek Baharu, Sambungan Berjumlah RM944 Bilion Bagi 2027

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi telah menerima sebanyak 9,955 bilangan projek baharu dan sambungan, dengan kos sebanyak RM944 bilion bagi 2027.

Zetrix AI Serah Cadangan Selesai Tunggakan RM314 Juta Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd memaklumkan telah menyerahkan satu cadangan penyelesaian kepada kerajaan untuk dipertimbangkan bagi menangani isu tunggakan serahan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta.

IJM Corp Lantik Johan Idris Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Konglomerat IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Johan Idris sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dan pengerusi syarikat itu.

Tawaran Aset Huluan US$9.6 Bilion Di Asia Tenggara – Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pasaran penggabungan dan pengambilalihan (M&A) huluan di Asia Tenggara sedang memasuki kitaran kompetitif, dengan aset huluan bernilai US$9.6 bilion (US$1= RM4.0845) ditawarkan untuk baki tahun ini hingga 2027 apabila pasaran perjanjian rantau ini beralih daripada pintu keluar bukan teras kepada kemasukan strategik.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas disokong oleh belian murah berikutan penurunan harga minggu sebelumnya.

Unit Go Hub Peroleh Kontrak Selenggara Sistem Tiket Ktmb Bernilai RM64.79 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Go Hub Capital Bhd, NSS IT Solution Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenang Capital Bhd (TCB) bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan untuk Sistem Tiket Bersepadu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berjumlah RM64.79 juta. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, walaupun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan. 

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang ASEAN, Rendah Dengan Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam Perancis selepas pasaran bonnya mencatat jualan ketara, minggu lepas.

TERAJU Bincang Perkembangan PuTERA35 Semasa Pertemuan Dengan PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pertemuan antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjadi ruang untuk mendapatkan pandangan mengenai keutamaan TERAJU dalam mengetengahkan perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

Kontrak Pelengkap Belum Dimuktamad Punca Risiko Kelewatan Projek LCS - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kelewatan memuktamadkan beberapa kontrak pelengkap Kapal Tempur Pesisir (LCS) mengakibatkan risiko kelewatan proses pembinaan LCS1 hingga LCS5, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Zetrix AI Bincang Penyelesaian Isu Susulan Gantungan Perkhidmatan JPJ

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd kini dalam perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menyelesaikan isu berhubung penggantungan sementara perkhidmatannya kepada jabatan itu yang berkuat kuasa hari ini.

Malaysia Perlu Perkenal Skim Latihan Teknologi AI, Pertingkat Kemahiran -- GKK Consultants

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALALUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Satu skim teknologi kecerdasan buatan (AI) khusus perlu diperkenalkan bagi melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja Malaysia dalam memahami, melaksanakan dan memanfaatkan AI di hampir semua kerjaya di negara ini.