Terdapat 1899 berita berdasarkan kata kunci carian " f"

MOF Laksana Jelajah Belanjawan Dapatkan Input Industri, NGO Dan Rakyat - Amir Hamzah

GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang giat menjalankan Jelajah Belanjawan ke seluruh negara untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan prestasi kurang menggalakkan pada minggu lepas sejajar dengan trend serantau yang lemah, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 15 hingga 16 September ini.

Tiada Negara Patut Pilih Antara Bayar Hutang Atau Tunai Tanggungjawab Kepada Rakyat - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

NEW DELHI, 13 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sistem pembiayaan global yang lebih adil, sambil menegaskan bahawa tiada negara sepatutnya dipaksa memilih antara membayar hutang dan memenuhi tanggungjawab kepada rakyatnya.

SC Sedang Bangunkan Sukuk Prisma SDG Bagi Pelaksanaan, Daya Tahan Iklim

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang membangunkan rangka kerja berasaskan Syariah baharu, Sukuk Prisma SDG bagi memudah cara penerbitan sukuk bukan ringgit yang menyokong pelaksanaan, daya tahan iklim dan keutamaan pembangunan mampan negara lain.

AWL Komited Import Minyak Sawit Dari Malaysia, Teroka Peluang Eksport Barangan Pengguna Berjenama

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- AWL Agri Business Ltd komited untuk terus mendapatkan sebahagian besar bekalan minyak sawitnya dari Malaysia dan sedang meneroka peluang untuk memperluas eksport barangan pengguna berjenama ke pasaran negara.

Prinsip Kewangan Islam Mampu Terajui Pelaburan Mampan, Titah Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Prinsip kewangan Islam mampu menerajui pelaburan mampan ketika dunia berusaha menggembleng modal yang besar bagi menangani krisis iklim, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Bank Islam Serah Hadiah Hampir RM2.5 Juta Kepada Lapan Pemenang Program, Kempen

KOTA BHARU, 12 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyerahkan hadiah bernilai hampir RM2.5 juta kepada lapan pemenang menerusi program iGAIN SME Fortune Drive 2025 dan kempen AWFAR 2026.

Yobe Malaysia Sasar Buka 32 Cawangan Yobi Crafted Sehingga Akhir 2027

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Jenama yogurt beku tempatan, Yobe Malaysia menyasarkan pembukaan 32 cawangan Yobe Crafted di seluruh negara sehingga akhir 2027, tiga bulan selepas pelancaran rasmi pasarannya pada Jun tahun ini.

Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Serantau Dalam Bidang TBB, Kesalinghubungan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia komited memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) dan kesalinghubungan sebagai usaha untuk memperluas peluang ekonomi pada peringkat subserantau ASEAN, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Top Glove Unjur Pendapatan Tahun Kewangan 2026 Lebih Baik Susulan Permintaan Kukuh

CYBERJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan prestasi pendapatan yang lebih baik bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026 disokong oleh permintaan sarung tangan global yang kekal kukuh serta harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi.