BERITA TERKINI   Aplikasi Waze beri ancaman tinggi kepada negara, data penggunaan terikat undang-undang Israel - Ketua Eksekutif Nacsa | Gangguan aplikasi TuJu: LLM kenal pasti punca, pulihkan sistem - LLM | Penambahbaikan terus dilaksana agar TuJu beri perkhidmatan lebih stabil, tepat dan mesra pengguna - LLM | RedPlanet Bhd dibuka pada 27 sen, premium lapan sen berbanding harga IPO sebanyak 19 sen sempena penyenaraiannya di Pasaran ACE, dengan 5.37 juta saham diniagakan | 

Terdapat 430 berita berdasarkan kata kunci carian " produk"

Pasaran Getah Dijangka Kekal Kukuh Minggu Depan Susulan Bekalan Terhad

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjur kekal kukuh dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong bekalan komoditi yang dijangka terhad dalam keadaan cuaca buruk.

Petronas Catat Prestasi Separuh Tahun Berdaya Tahan, Kekal Komited Menjamin Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat RM1 bilion atau empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin, kebolehpercayaan operasi dan kecemerlangan komersial dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.

Pembangunan Urban Forest Bernilai RM1 Bilion Pacu Pertumbuhan Ekonomi Perak

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Pembangunan Urban Forest bernilai kira-kira lebih RM1 bilion di Tambun di sini, dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Perak apabila projek seluas 84 ekar itu siap dalam masa tiga tahun.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Jualan Menjelang Cuti Panjang

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, diasak oleh aktiviti jualan secara meluas menjelang tempoh cuti hujung minggu yang panjang.

Malaysia Catat RM218.5 Bilion Pelaburan Diluluskan Pada Separuh Pertama 2026 – MIDA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

AIREI Lancar Kilang Minyak Sawit Pintar Berasaskan AI Kedua

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) AIREI Sdn Bhd melancarkan kilang minyak sawit pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) kedua, kali ini dengan kapasiti lebih besar iaitu 60 tan sejam berbanding 45 tan sejam untuk kilang pertamanya.

Usaha Sama LSH Infra-Pertama Makmur Raih Projek Lebuhraya Bertingkat BSE

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha sama LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd Joint Venture telah dianugerahkan cadangan pembangunan Projek Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) bagi mengukuhkan aspek kesalinghubungan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Greater Kuala Lumpur.

PPB Group Optimis Terhadap Prestasi Separuh Kedua 2026 Dalam Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kumpulan konglomerat pelbagai sektor, PPB Group Bhd kekal optimis tetapi berhati-hati berhubung prestasinya bagi separuh kedua 2026 di sebalik perkembangan geopolitik, ketidaktentuan harga komoditi dan faktor luaran lain yang terus mempengaruhi persekitaran operasinya.

IHPR Malaysia Naik 9.7 Peratus Pada Julai, Terus Meningkat Empat Bulan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 9.7 peratus pada Julai 2026, lebih tinggi berbanding kenaikan 9.2 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Menjelang Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.