Terdapat 1387 berita berdasarkan kata kunci carian "s"

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.

Indeks Pelopor Meningkat 0.8 Peratus Pada Mei 2026

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia kekal positif pada Mei 2026 dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan pertumbuhan 0.8 peratus kepada 114.4 mata berbanding 113.5 mata dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Berdepan Tarif 10 Peratus Di Bawah Seksyen 301 Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Sukuk Global Malaysia Bernilai US$1.5 Bilion Catat Lebihan Langganan 4.7 Kali

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan sentimen berhati-hati dijangka berterusan selepas kenaikan pasaran serantau semalam menyebabkan pasaran Asia terdedah kepada penurunan semalaman di Wall Street.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.

Saadia Zahidi Wanita Pertama Dilantik Ketua Pengarah IATA

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melantik ahli ekonomi Pakistan-Switzerland, Saadia Zahidi sebagai ketua pengarah kesembilannya, sekali gus menjadikan beliau wanita pertama yang menjawat jawatan berkenaan.

Pelaburan Jepun Dalam E&E Cecah RM10.5 Bilion, Bakal Wujud 9,009 Peluang Pekerjaan - MITI

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pelaburan dari Jepun yang diluluskan dalam sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) bagi 2021 hingga 2025 berjumlah RM10.5 bilion meliputi 46 projek dan dijangka mewujudkan 9,009 peluang pekerjaan baharu, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

KL Midtown Lancar Menara Pejabat Mampan, Jangka Lebih Ramai Penyewa Pada Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- KL Midtown hari ini melancarkan menara pejabat ikoniknya yang mampan untuk dipajak dan menjangkakan berupaya menarik lebih ramai penyewa pada tahun hadapan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Minyak Mentah, Soya

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan minyak kacang soya di tengah-tengah ketegangan di Asia Barat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang agak lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).