2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini, sejajar dengan sentimen positif di pasaran serantau yang didorong oleh aktiviti belian dalam sektor produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd (RHB Bank) menyusut kepada RM800.39 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2026 (S3 2026) berbanding RM904.0 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya, berikutan pendapatan berasaskan bukan dana yang lebih rendah.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd meningkat kepada RM961.80 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM541.80 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Affin Islamic Bank Bhd (Affin Islamic) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama strategik melibatkan inisiatif kewangan dan perbankan Islam, tertumpu kepada pendigitalan masjid, pengurusan kewangan dan kutipan zakat, wakaf serta sumbangan kebajikan di seluruh Sabah.
2hari ago
JOHOR BAHRU, 27 Nov (Bernama) -- Keupayaan mengolah sajian Barat mengikut cita rasa tempatan menjadi strategi utama pasangan suami isteri dalam memperkukuh kedudukan restoran Food Feels, di samping mengekalkan pelanggan sedia ada dan meneroka peluang pengembangan perniagaan dalam industri makanan dan minuman (F&B).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan sentimen pasaran yang kurang menggalakkan dan tiada pemangkin baharu selepas pasaran Wall Street ditutup bersempena dengan Hari Kesyukuran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing yang terus menyokong permintaan terhadap mata wang itu dalam ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia diunjurkan meningkat lebih dua kali ganda daripada 22.6 gigawatt (GW) pada 2027 kepada 49.8 GW menjelang 2050, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sekitar 3.5 peratus.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan menggesa syarikat senaraian awam (PLC) untuk melaksanakan penanda aras gaji kehidupan wajar RM3,400 di peringkat organisasi masing-masing.
2hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas pembelian harga rendah membantu memulihkan harga daripada kerugian baru-baru ini, menurut seorang peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang menggabungkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mewujudkan Agensi Percukaian Tunggal (Single Tax Authority) buat masa ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus mengutamakan pemuliharaan biodiversiti serta pengurusan risiko berkaitan alam semula jadi dalam melaksanakan peralihan tenaga ke arah masa depan yang lebih bersih, berdaya tahan dan mampan.