BERITA TERKINI   Kementerian Perpaduan Negara cadang Oktober dijadikan bulan membaca setiap tahun | Sektor rel negara dijangka memerlukan 25,000 tenaga kerja sehingga 2030 - Timb Menteri Sumber Manusia | Kompleks Mahkamah Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada 1 Jan 2027 - Azalina | Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dihantar kepada PM Anwar semalam, berkuatkuasa pada tarikh Najib keluar dari penjara - Loke | Kementerian Komunikasi perkukuh kerjasama dengan kementerian lain perluas penyampaian maklumat inisiatif kerajaan kepada rakyat - Fahmi  | 

Terdapat 901 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Lengang Minggu Depan Susulan Cuaca Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lengang minggu depan, dengan permintaan mungkin didorong terutamanya oleh aktiviti pembelian bagi menambah semula stok susulan bekalan yang tidak menentu akibat faktor cuaca.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Menurun Minggu Depan Susulan Ketidaktentuan Harga Tenaga

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan ketidaktentuan harga tenaga.

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada RM4.06-RM4.08 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.06-RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan di tengah-tengah sentimen pasaran yang kekal berhati-hati selain faktor ketidaktentuan geopolitik yang berpanjangan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kekurangan Pemangkin

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dalam dagangan jajaran kecil berikutan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, kata seorang peniaga.

Unit PTT Synergy Beli Perisian Logistik, Harta Intelek Bernilai US$7.1 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- PTT Robotics Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung PTT Synergy Group Bhd memeterai perjanjian dengan vTradEx Information Technology (Shanghai) Co Ltd untuk membeli perisian logistik dan hak harta intelek (IP) berkaitan bernilai US$7.10 juta (US$1 = RM4.09).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aliran Masuk Dana Asing, KDNK Suku Kedua

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas ia menjejaki niaga hadapan getah serantau dan jangkaan berterusan bekalan getah asli yang mencukupi daripada pengeluar utama, Thailand pada musim menoreh puncak, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Perkembangan Di Asia Barat Jejas Sentimen

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan minggu ini berikutan perkembangan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.

Malaysia Pada Kedudukan Baik Terajui Pertumbuhan EV ASEAN - BMI

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk menerajui pertumbuhan permintaan kenderaan elektrik (EV) di luar dua pasaran EV utama ASEAN iaitu Vietnam dan Thailand, disokong oleh asas-asas pengguna berpendapatan tinggi serta daya saing EV yang kian meningkat, menurut BMI.

AmBank Jangka Pertumbuhan KDNK Suku Kedua Kukuh, Tingkatkan Unjuran 2026 Kepada 4.8 Peratus

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AmBank (M) Bhd menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 berkembang 5.6 peratus, disokong oleh penggunaan swasta yang didorong oleh perbelanjaan musim perayaan sepanjang suku itu serta pelaburan swasta yang kekal stabil.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong KDNK Suku Kedua Lebih Baik Daripada Jangkaan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2026 yang berkembang sebanyak 5.8 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.