2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Fujifilm Business Innovation Corp sedang mencari peluang untuk memperluas segmen penyelesaian perniagaannya di Malaysia melalui usaha niaga baharu, usaha sama serta penggabungan dan pengambilalihan (M&A) seiring dengan peningkatan pelaksanaan transformasi digital dalam kalangan perniagaan di negara ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terus meneroka dan melaksanakan segala saluran yang bersesuaian bagi memaksimumkan usaha pemulihan pelaburannya berkaitan eFishery.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat yang lebih sederhana minggu depan berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan yang kukuh dicatatkan pada minggu ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan ketidaktentuan harga tenaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun pada minggu hadapan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- PTT Robotics Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung PTT Synergy Group Bhd memeterai perjanjian dengan vTradEx Information Technology (Shanghai) Co Ltd untuk membeli perisian logistik dan hak harta intelek (IP) berkaitan bernilai US$7.10 juta (US$1 = RM4.09).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung walaupun peningkatan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
2bulan ago
CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) perlu menjadi pemudah cara pertumbuhan yang menghubungkan syarikat Bumiputera kepada peluang sebenar dan bukan hanya sebagai penyedia program atau pembiayaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk menerajui pertumbuhan permintaan kenderaan elektrik (EV) di luar dua pasaran EV utama ASEAN iaitu Vietnam dan Thailand, disokong oleh asas-asas pengguna berpendapatan tinggi serta daya saing EV yang kian meningkat, menurut BMI.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan yang lebih tinggi daripada jangkaan dalam tempoh lima bulan pertama 2026 telah mewujudkan ruang fiskal tambahan untuk menangani cabaran yang muncul termasuk kenaikan harga tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group Firdaos Rosli.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pengendali pelabuhan di Malaysia bakal meraih manfaat daripada pertukaran laluan perdagangan dan peningkatan aktiviti pemindahan kapal walaupun kos logistik melonjak, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank (M) Bhd, Firdaos Rosli.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Searah (Malaysia) Sdn Bhd, entiti pengendali Searah Ltd di Malaysia telah mengambil alih kendalian kontrak perkongsian pengeluaran utama di Malaysia daripada Petronas Carigali Sdn Bhd berkuat kuasa 1 Julai 2026, selepas memenuhi semua syarat duluan.