29hari ago
PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) -- Penerimaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) oleh Netherlands Food and Consumer Product Safety Authority (NVWA) sebagai Private Control System di bawah kerangka pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) mengukuhkan kesiapsiagaan industri sawit negara dalam memenuhi keperluan pasaran Kesatuan Eropah.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun petunjuk bercampur-campur daripada Wall Street semalaman, disokong oleh saham pengguna berikutan penurunan harga minyak mentah mendorong jangkaan tekanan inflasi akan berkurangan, kata peniaga.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pengecualian caj RM1 bagi pengeluaran tunai ATM antara bank berkuat kuasa dengan lancar mulai 1 Julai 2026, sebagai sebahagian daripada usaha industri perbankan meringankan kos sara hidup di samping meningkatkan akses serta kemudahan perkhidmatan perbankan harian untuk rakyat Malaysia
29hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai yang positif.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat selepas data pekerjaan AS pada Jun yang lebih rendah daripada jangkaan, mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) mungkin mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap penetapan kadar faedah.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pengukuhan ringgit tidak menjejaskan prestasi perdagangan negara kerana sebahagian besar industri eksport Malaysia turut bergantung kepada input yang diimport, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
30hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih lemah.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur beralih kepada aset selamat, walaupun prestasi yang lebih lemah dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Southern Cable Group Bhd, Southern Cable Sdn Bhd memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai agenda ekonomi nasional yang meletakkan Johor sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara.
30hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang negara serantau ASEAN pada Khamis, apabila dolar AS kekal rendah ekoran kekurangan panduan jelas mengenai prospek kadar faedah AS.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi positif pasaran tunai.