1hari ago
RANAU, 23 Sept (Bernama) -- Tanaman tembakau bagi produk tembakau hiris dan cerut yang diusahakan oleh 118 pekebun tempatan di kawasan seluas kira-kira 44.5 hektar di sini, dapat menjana pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pengukuhan dolar US terus menjejaskan logam berharga itu.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama pada Rabu tetapi rendah berbanding dolar AS berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) terus menyokong mata wang negara itu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Rimbunan Sawit Bhd menganggarkan gangguan kepada operasi di Estet Ulu Teru telah mengurangkan hasilnya sebanyak kira-kira RM10 juta.
1hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Penyertaan sulung Libya dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 bertujuan meningkatkan perdagangan dua hala di antara Libya dengan Malaysia, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Am Pameran dan Persidangan Libya Essam Al-Aoul.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung dalam kelompok saham wajaran tinggi terpilih serta sentimen kurang memberangsangkan terhadap saham petrokimia berikutan harga minyak yang terus menyusut, kata penganalisis.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar kebolehramalan pengangkutan awam seharusnya menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027, iaitu dengan memberikan lebih perhatian terhadap usaha mengukuhkan perkhidmatan sedia ada, berbanding memberi tumpuan kepada projek besar yang baharu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Okt dijangka memberi manfaat kepada sektor pembinaan dan bahan binaan, berdasarkan konsensus pasaran semasa yang mengunjurkan peruntukan perbelanjaan pembangunan antara RM85 bilion hingga RM90 bilion, menurut Moomoo.
1hari ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang antarabangsa keempat paling bersambung di dunia sambil terus menjadi hab mega paling bersambung di Asia-Pasifik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Tinjauan pasaran oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menunjukkan bahawa 81 peratus responden melaporkan kos menjalankan perniagaan yang lebih tinggi pada separuh pertama 2026, meningkat daripada 74 peratus pada separuh kedua tahun 2025.
1hari ago
HANGZHOU, 23 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim merasai sendiri kecekapan teknologi pengangkutan China apabila menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Shanghai ke Hangzhou pada Rabu, bagi meneruskan lawatan kerja ke wilayah Zhejiang, China.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Memperkasa Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta memperkenalkan struktur pembiayaan yang lebih fleksibel antara cadangan utama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bagi Belanjawan 2027.