Terdapat 96 berita berdasarkan kata kunci carian " jun"

Belanjawan 2027 Perlu Terjemah Daya Tahan Ekonomi Kepada Lonjakan Produktiviti — Ahli Ekonomi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Keutamaan Malaysia dalam Belanjawan 2027 bukan lagi sekadar menjana pertumbuhan ekonomi tetapi memastikan kestabilan pertumbuhan dapat dikekalkan dengan menjadikan pengembangan ekonomi lebih produktif, inklusif dan berdaya tahan sepanjang kitaran ekonomi.

Pindaan Kanun Tanah Negara Buka Potensi Tanah Wakaf bernilai Berbilion Ringgit Bagi Projek Perumahan 

JOHOR BAHRU, 14 Sept (Bernama) -- Tanah wakaf bernilai berbilion ringgit yang kurang dimanfaatkan di Malaysia boleh dibangunkan sebagai perumahan mampu milik sekiranya rangka kerja perundangan yang jelas diwujudkan bagi membolehkan pembangunan jangka panjang tanpa memindahkan hak milik tanah itu, menurut pengamal hartanah Datuk Idzham Mohd Hashim.

Tan Chong Motor Assemblies, Perodua Sales Meterai Perjanjian Induk Projek BEV

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA) memeterai perjanjian induk dengan Perodua Sales Sdn Bhd (PSSB) bagi projek kenderaan elektrik bateri (BEV) Perodua di Serendah.

Kelington Group Peroleh Kontrak Kerja Bernilai RM1.83 Bilion Di India

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu Kelington Group Bhd (Kelington) memperoleh projek siap guna bernilai RM1.83 bilion daripada pengeluar semikonduktor terkemuka di India.

Pelabuhan Bintulu Kini Di Bawah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri, Berkuat Kuasa 1 September 2026

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Berkuat kuasa 1 September 2026, Pelabuhan Bintulu secara rasminya menjadi pelabuhan negeri iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak, daripada kedudukan asalnya sebagai pelabuhan persekutuan.

United Asiapac Energy Sasar Perluas Perkhidmatan Intervensi Telaga Minyak, Gas

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) yang berpangkalan di Sarawak, United Asiapac Energy Bhd berhasrat memperluas lagi perniagaan perkhidmatan intervensi telaga minyak dan gas di Malaysia Timur susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.

Nilai Eksport Industri Kayu Cecah RM9.4 Bilion Pada Januari-Jun 2026 -- Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Industri kayu negara terus memberi sumbangan penting kepada eksport negara dengan nilainya mencecah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 manakala purata nilai eksport tahunan melebihi RM20 bilion.

Bank Islam Serah Hadiah Hampir RM2.5 Juta Kepada Lapan Pemenang Program, Kempen

KOTA BHARU, 12 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyerahkan hadiah bernilai hampir RM2.5 juta kepada lapan pemenang menerusi program iGAIN SME Fortune Drive 2025 dan kempen AWFAR 2026.

Sektor Perkhidmatan, Pembuatan Catat Nilai Pelaburan Tertinggi Di Selangor

PELABUHAN KLANG, 12 Sept (Bernama) -- Sektor perkhidmatan dan pembuatan menjadi penyumbang tertinggi kepada nilai pelaburan di Selangor bagi separuh pertama tahun ini, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.

Yobe Malaysia Sasar Buka 32 Cawangan Yobi Crafted Sehingga Akhir 2027

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Jenama yogurt beku tempatan, Yobe Malaysia menyasarkan pembukaan 32 cawangan Yobe Crafted di seluruh negara sehingga akhir 2027, tiga bulan selepas pelancaran rasmi pasarannya pada Jun tahun ini.

Hextar Industries Batal Hasrat Ambil Alih Pegangan Woodpecker Bernilai RM177.48 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rancangan Hextar Industries Bhd untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuti dalam Woodpeckers Group Sdn Bhd pada harga tunai RM177.48 juta, tidak akan diteruskan selepas beberapa syarat berkaitan gagal dimuktamadkan.

Jualan Borong, Runcit Malaysia Naik 9.0 Peratus, Catat RM170.5 Bilion Pada Julai 2026

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berjumlah RM170.5 bilion pada Julai 2026, meningkat 9.0 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).