BERITA TERKINI   PM Anwar bakal buat pengumuman penting negara pada 31 Ogos dan 16 Sept ini | PM Anwar arah siasatan dilakukan terhadap Khazanah Nasional Berhad, kesan aspek pelanggaran tatakelola | Kerajaan beri komitmen mansuhkan AUKU, RUU baharu dalam proses penggubalan dan dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - PM Anwar | Mahasiswa harus diberi ruang sepenuhnya, tidak dikawal dengan undang-undang berlebihan - PM Anwar | Jerebu: Semua sekolah di daerah Kuching, Padawan, Serian dan Samarahan di Sarawak ditutup serta-merta hari ini dan esok - JPNS | 

Terdapat 1573 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama"

Penjimatan Penyasaran Subsidi RON95 Tidak Disimpan Sebagai Lebihan Fiskal Semata-mata - MOF

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan menegaskan penjimatan yang terhasil daripada penyasaran subsidi petrol RON95 tidak disimpan semata-mata sebagai lebihan fiskal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Di Pasaran Minyak Soya

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah, di tengah-tengah ketegangan baharu di Asia Barat, menurut seorang peniaga.

BYD Sime Motors Lancar Cawangan BYD Certified Pertama Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- BYD Sime Motors hari ini melancarkan BYD Certified, program kenderaan terpakai yang diperakui secara rasmi oleh pengeluar kenderaan elektrik (EV) China itu, sekali gus menjadikannya penubuhan cawangan pertama BYD Certified di rantau Asia Pasifik. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan COMEX

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring kenaikan harga emas di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi Kukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang kukuh, yang meningkatkan keyakinan terhadap asas ekonomi negara.

Pengambilan Untung Dalam Saham Perbankan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

AirBorneo Dirancang Jadikan Sarawak Hab Pelaburan Serantau -- Abang Johari

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Air Borneo dirancang sebagai pemangkin jangka panjang untuk menjadikan Sarawak sebagai hab pelaburan dan logistik serantau selain menyokong usaha memperkukuh ekonomi Malaysia, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

CIMB Sasar Jadi Rakan Pengurusan Kekayaan Kepada Individu Berpendapatan Tinggi ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- CIMB Group bermatlamat untuk menjadi rakan pengurusan kekayaan utama kepada individu berpendapatan tinggi di seluruh ASEAN melalui pengenalan CIMB Private Wealth memandangkan peningkatan pendapatan, perbandaran dan pemindahan kekayaan antara generasi sedang membentuk semula permintaan bagi perkhidmatan nasihat kekayaan di seluruh rantau ini.

AirBorneo Terap ‘Model Sarawak’ Kekalkan Tambang Mampu Milik – Abang Johari

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo, akan beroperasi menerusi “model Sarawak” yang menggabungkan sokongan kerajaan dengan operasi komersial bagi memastikan tambang penerbangan kekal berpatutan, selain menjamin kemampanan jangka panjang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Didorong Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh serta penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

AirBorneo Perluas Operasi Ke Seluruh ASEAN, Kekalkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- AirBorneo Airways (AirBorneo) akan memperluaskan operasinya ke beberapa destinasi di seluruh ASEAN sambil terus mengekalkan tanggungjawabnya untuk menyediakan perkhidmatan udara luar bandar (rural air services) di Sarawak dan Sabah.