Terdapat 316 berita berdasarkan kata kunci carian " 2027"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah, Menjejaki COMEX AS

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

IOI Properties Catat Untung Bersih RM2.15 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- IOI Properties Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM2.15 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM1.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Keyfield Umum Beli Kapal Korek Inai Kenanga Pada Harga US$24.7 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keyfield International Bhd membeli Inai Kenanga, sebuah kapal korek sedutan berkapasiti mega dengan bayaran tunai US$24.7 juta (US$1=RM4.02).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Harga Minyak Sayuran

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki harga minyak sayuran global yang lebih rendah susulan cuti umum di Malaysia semalam.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang lemah di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).

Untung Bersih IJM Naik Kepada RM137.39 juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi suku pertama, berakhir pada 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) meningkat kepada RM137.39 juta daripada RM95.60 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh bahagian pembinaan, pengilangan serta kuari.

Kerjasama Rentas Sektor Perlu Tangani Inflasi Perubatan - Allianz

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta, syarikat insurans serta hospital diperlukan bagi menangani peningkatan inflasi perubatan dan memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu ditanggung, kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd Giulio Slavich.

Belanjawan 2027: MATTA Mohon Pelaburan Pelancongan, Insentif Cukai Yang Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  Insentif cukai yang lebih mesra kepada pengusaha, tambahan pelaburan dalam infrastruktur dan peruntukan promosi yang lebih tinggi untuk pelancongan adalah antara item yang disenaraikan sebagai hasrat utama Belanjawan 2027 daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Proton Jangka Ekosistem E&E Pacu Pertumbuhan Industri Automotif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu terus memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) yang kukuh bagi memperkasa industri automotif negara, susulan peningkatan penggunaan komponen elektrik dan elektronik dalam kenderaan, kata Proton Holdings Bhd.

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Musim Monsun Dijangka Redakan Impak 'El Nino Super' Ke Atas Hasil Sawit

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) – Musim monsun yang bakal tiba pada Disember dijangka membantu mengurangkan potensi impak fenomena cuaca El Niño Super terhadap pengeluaran minyak sawit Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Belvinder Sron.