34minit ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia tidak perlu mewujudkan dana pelaburan baharu sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan antara ekosistem pembiayaan sedia ada bagi membantu syarikat tempatan berkembang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM51 juta dalam pembekal sehenti dan pemilik jenama nutraseutikal di Malaysia pada 2025 untuk membangunkan ekosistem pasaran persendirian negara melalui Dana Pemacu.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia bakal menyaksikan impak lebih besar daripada pelaksanaan Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) apabila komitmen berjumlah RM120.0 bilion terus disalurkan dengan pelbagai inisiatif berkaitan sedang dipercepat bagi 2026 dan 2027.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara bersepadu membangunkan syarikat Bumiputera melalui perolehan, modal pertumbuhan, penyenaraian awam dan inisiatif pembinaan keupayaan di bawah agenda GEAR-uP kerajaan.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) – Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah menyalurkan pelaburan sebanyak RM1.4 billion pada 2025 merentasi empat teras strategik untuk memperkasa rantaian nilai semikonduktor Malaysia.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, Jelawang Capital, bersama Dana Perintis di bawah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), menerajui pembiayaan modal teroka dengan menyalurkan RM588 juta kepada syarikat pemula dalam sektor pengguna, digital, teknologi pertanian dan teknologi pendidikan pada 2025.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menyalurkan modal jangka panjang berjumlah RM7.158 bilion bagi memperkukuh industri berteraskan ciptaan Malaysia, sekali gus membolehkan syarikat tempatan beralih kepada segmen bernilai tinggi dalam rantaian nilai global dan tidak lagi tertumpu kepada aktiviti pemasangan semata-mata.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memperuntuk dan menyalurkan sebanyak RM20.3 bilion di dalam negara pada 2025 menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP), yang melangkah ke tahun ketiganya.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyelaras hala tuju pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan dana awam menerusi dasar pembangunan negara yang jelas, mekanisme GEAR-uP serta peranan strategik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan CAIQ Biosecurity Sdn Bhd di bawah Malaysia-China Gateway Initiative (MCGi) bagi memperkukuh sokongan pematuhan teknikal dan meningkatkan kesiapsiagaan pasaran dalam kalangan pengeksport Malaysia yang menyasarkan pasaran China.