2jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima yang layak mencecah hampir RM11 bilion sehingga September 2026.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Usahawan Malaysia perlu mengatasi sikap terlalu merendah diri dan sebaliknya giat membina kemampuan berbicara serta penceritaan yang meyakinkan jika mahu mendapatkan modal teroka asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), iaitu ahli Kumpulan MMC untuk menyokong agenda penyahkarbonan Malaysia dan meningkatkan pematuhan kemampanan menerusi penggunaan tenaga boleh baharu yang lebih meluas di bawah program Tarif Elektrik Hijau (GET).
6jam ago
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan merancang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Infrastruktur Digital (Pusat Data) untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun depan bagi mengawal selia pertumbuhan industri pusat data supaya selari dengan kapasiti bekalan tenaga dan air negara.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pelaburan dalam syarikat pemula sejak pelancaran inisiatif KL20 pada 2024 berjumlah kira-kira RM50 bilion, dengan pulangan pelaburan dilaporkan mencecah RM202.64 bilion, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) menggesa pelaksanaan strategi menyeluruh di peringkat nasional bagi memupuk dan membangunkan perniagaan Malaysia sehingga mampu menjadi peneraju di peringkat serantau dan global.
9jam ago
SEPANG, 19 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang meningkatkan usaha penyahkarbonan operasi dan menyasarkan sifar pelepasan sifar bersih gas rumah hijau (GHG) bagi Skop 1 dan 2 dapat dicapai menjelang 2040.
9jam ago
SEPANG, 19 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan emisi sebanyak 30 hingga 35 peratus menjelang 2030 berbanding paras pada 2019, menerusi Pelan Hala Tuju Kemampanan Jangka Sederhana 2026-2035 yang dilancarkan hari ini.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) berjaya memuktamadkan kemudahan pembiayaan berjangka Islam bersindiket berjumlah RM5.2 bilion.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) akan bekerjasama dengan pemegang sahamnya yang terdiri daripada operator rangkaian mudah alih, pelanggan dan rakan teknologi bagi mempercepat penerimagunaan 5G serta membawa penyelesaian praktikal ke pasaran.
10jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashed
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) – Pendedahan kewangan kerajaan terhadap Digital Nasional Bhd (DNB) telah berkurangan kepada sifar susulan penyempurnaan kemudahan pembiayaannya yang bernilai RM5.2 bilion, dengan syarikat itu dijangka membiayai diri sendiri sepenuhnya pada masa hadapan.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan industri pusat data perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh ekonomi digital serta memastikan kelestarian tenaga, penggunaan air dan alam sekitar terus terpelihara.