Terdapat 56 berita berdasarkan kata kunci carian "anwar"

Perak Dijangka Sekali Lagi Catat Lebihan Kewangan Tahun Ini, Atasi Unjuran Defisit RM95.5 Juta - Saarani

KUALA KANGSAR, 15 Nov (Bernama) -- Perak dijangka sekali lagi mencatatkan lebihan kewangan tahun ini mengatasi unjuran defisit sebanyak RM95.5 juta, sekali gus melakar pencapaian lebihan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.

Malaysia Kekal Hubungan Baik Dengan AS, China Demi Kelangsungan Ekonomi -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia akan terus mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China yang merupakan antara pelabur dan rakan dagang terbesar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Tiada Petunjuk Cip AI Berkaitan Isu Nvidia-Megaspeed Dieksport Dari Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerjasama Ekonomi Lebih Erat Dengan China Pacu Pelaburan, Peluang Untuk PKS - Sim

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berhasrat mengeratkan kerjasama ekonomi dengan China melalui pengukuhan kerjasama antara perniagaan kedua-dua negara, khususnya bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menyertai rantaian bekalan dan meraih manfaat daripada peluang pelaburan yang lebih luas.

Malaysia-China Perlu Perluas Kerjasama Melangkaui Perdagangan, Pelaburan Tradisional – PM Anwar

SERI KEMBANGAN, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia dan China perlu memperluas kerjasama ekonomi melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional dengan memberikan penekanan lebih besar kepada inovasi, kerjasama industri serta pembangunan bakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Sedia Teruskan Perbincangan Perdagangan, Pelaburan Dengan Taiwan - Johari

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia meneruskan perbincangan mengenai perdagangan dan pelaburan dengan Taiwan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Hubungan Ekonomi Malaysia-Taiwan Kekal Kukuh, Pelaburan Tidak Terjejas - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi Malaysia-Taiwan kekal kukuh dan tidak terjejas, dengan Malaysia terus menerima pelaburan dari Taiwan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Beri Jaminan Lindungi Rakyat Daripada Kesan Konflik Asia Barat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap melindungi rakyat, menjamin bekalan keperluan asas serta menyokong kelangsungan perniagaan dan pekerjaan jika konflik di Asia Barat semakin meruncing.

GST: Rakyat Tanggung Beban Cukai Sepenuhnya - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Mereka yang memperjuangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya menyarankan supaya beban cukai dipindahkan daripada sektor perniagaan dan pengeksport kepada rakyat secara menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pinjaman Baharu Kerajaan Biayai Pembangunan, Lunas Bon 1MDB RM13 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pinjaman baharu di bawah Kerajaan MADANI adalah untuk membiayai pembangunan negara, termasuk sekolah, hospital, jalan raya serta bekalan air dan elektrik. 

Perniagaan Perlu Tingkat Produktiviti Susulan Kenaikan Gaji Minimum

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kenaikan gaji minimum terbaharu dijangka meningkatkan pendapatan pekerja, namun pada masa sama perlu mendorong perniagaan mempergiat usaha meningkatkan produktiviti bagi memastikan kos upah yang lebih tinggi dapat ditampung tanpa menambah tekanan terhadap harga barangan dan perkhidmatan.

ECRL Buka Dimensi Baharu Pengangkutan Rel Negara, Bawa Limpahan Manfaat Ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.