52minit ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jualan lebih tinggi sebanyak RM183.1 bilion pada September 2026, meningkat 15.9 peratus tahun ke tahun, disokong pertumbuhan dalam ketiga-tiga subsektornya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan hasil sektor perkhidmatan Malaysia meningkat 11 peratus tahun ke tahun kepada RM732.5 bilion pada suku ketiga 2026, manakala indeks volum mencatatkan peningkatan 5.9 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pinjaman baharu di bawah Kerajaan MADANI adalah untuk membiayai pembangunan negara, termasuk sekolah, hospital, jalan raya serta bekalan air dan elektrik.
1hari ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Pengembangan mampan ekonomi Malaysia yang dicerminkan menerusi pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh pertama 2026, memperlihatkan kejayaan pembaharuan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau susulan keputusan China dan Amerika Syarikat (AS) melanjutkan gencatan perang dagang antara kedua-dua negara.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Perbandingan bulanan Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) termasuk bar keluli mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung pada Oktober 2026 mencatatkan penurunan antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 3.8 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 7.3 peratus kepada 31,657 tan metrik pada September 2026 berbanding 29,510 tan metrik pada Ogos 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 6.3 peratus dipacu terutamanya oleh output sektor pembuatan yang merekodkan nilai jualan berjumlah RM191.4 bilion.
6hari ago
KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia (IHPRP) meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku ketiga 2026, naik daripada 2.9 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan pelaburan baharu dalam sektor pembuatan tidak bergantung pada pekerja asing atau buruh kasar selaras dengan usaha mentransformasikan industri ke arah aktiviti bernilai tambah tinggi, automasi dan pendigitalan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi 5 peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 80.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).