Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian "suku kedua"

APB Resources Jual Menara APB Pada Harga RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- APB Resources Bhd bercadang untuk melupuskan Menara APB, sebuah bangunan pejabat 16 tingkat di Shah Alam, Selangor kepada Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIGB) pada harga tunai RM45 juta.

Hanya 13 Peratus Kenderaan ICE Dilindungi Insurans Banjir Berbanding 50 Peratus EV

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Hanya 13 peratus kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) mempunyai perlindungan insurans banjir berbanding 50 peratus kenderaan elektrik (EV), menurut data Insurance Services Malaysia (ISM) bagi tempoh 2022 hingga suku kedua 2026.

BNM Dijangka Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Pada 2027 - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus pada suku pertama 2027 didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan dan unjuran inflasi tinggi daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kata penganalisis pasaran.

Xiaomi Bukan Sekadar Jenama Telefon Pintar, Sedia Perluas Ekosistem Teknologi Di Malaysia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Xiaomi kini memperluas perniagaannya melangkaui segmen telefon pintar bagi memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat teknologi global, dengan Malaysia menjadi antara pasaran penting dalam strategi pertumbuhan serantaunya.

Untung Bersih Suku Ketiga IGB REIT Meningkat Kepada RM144.15 Juta 

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM144.15 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 daripada RM95.62 juta pada suku sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Kedua DXN Holdings Naik Kepada RM91.28 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat jualan langsung produk kesihatan dan kesejahteraan DXN Holdings Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM91.28 juta pada suku kedua berakhir 31 Ogos, 2026 daripada RM70.25 juta pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Yakin KDNK 2026 Lebih 5 Peratus, Ekonomi Kukuh Beri Manfaat Kepada Rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi 5 peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI,  kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

IHPR Malaysia Meningkat 12 Peratus Pada September 2026 – DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 12.0 peratus pada September 2026, berbanding 10.7 peratus pada Ogos 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pelaburan Lebih RM200 Bilion Separuh Pertama 2026 Bakal Wujudkan 99,030 Peluang Pekerjaan -- MITI

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.

Astro Malaysia Jual Aset Perniagaan Jalur Lebar Pada Harga RM83 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Maxis Broadband Sdn Bhd untuk menjual aset perniagaan jalur lebarnya pada harga RM83 juta.

Kerajaan Sedang Muktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli, Jamin Bekalan Tenaga - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan dalam proses memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) bagi menyelaras pembangunan sektor Malaysia agar sejajar dengan dasar negara serta Rancangan Malaysia Ke-13, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.