22hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan Malaysia meningkat pada 2.0 peratus bagi 2026 daripada 1.4 peratus tahun lepas yang memaparkan inflasi terkawal walaupun terdapat risiko kenaikan yang berterusan.
22hari lalu
ISKANDAR PUTERI, 18 Sept (Bernama) -- Sunway Healthcare Group (SHG) hari ini mengadakan majlis pecah tanah Pusat Perubatan Sunway Iskandar Puteri (SMCIP), iaitu hospital pertamanya di selatan Malaysia, yang melibatkan jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM800 juta.
22hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga arang batu sehingga mencecah US$148 setan pada 10 Sept 2026 memberi kesan langsung kepada kos penjanaan elektrik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini.
22hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd akan memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua pusat kewangan antarabangsa (IFC) berkenaan serta memajukan visi bersama ‘1 Ekosistem, 2 IFC’.
22hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta.
22hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd telah menyelesaikan pembayaran balik berjumlah US$240 juta (US$1=RM4.09) ketika tempoh COVID dalam tempoh dua tahun lepas dan tidak memerlukan pembiayaan jangka pendek, kata pengasas bersama dan penasihatnya, Tan Sri Tony Fernandes.
22hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan antara RM120 juta hingga RM150 juta bagi menyokong langkah perlindungan berkaitan bil elektrik bagi tempoh September hingga Disember 2026, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shamsul Ahmad.
22hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd kini menjangkakan harga bahan api jet antara US$160 dan US$190 setong dan mungkin menyemak semula tambang penerbangan sekiranya harga meningkat kepada US$250 setong, kata Pengasas bersama merangkap Penasihat AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.
22hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Kitaran kenaikan kadar faedah yang berterusan di ekonomi utama dijangka menjadi faktor penting yang memberi impak kepada harga emas pada masa depan, menurut Persatuan Emas Malaysia (MGA).
22hari lalu
GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mahu menjadikan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) berperanan lebih besar dalam rangkaian pelayaran serantau dengan terminal itu kini berupaya menampung dua kapal persiaran bersaiz Quantum secara serentak sehingga 12,000 penumpang.
22hari lalu
KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Sabah terus mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi ketibaan pelancong dari China dengan jumlahnya meningkat sebanyak 25.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
22hari lalu
KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda kepada 1,350 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) menjelang 2030 daripada 700 MMscfd ketika ini, susulan pelaksanaan tujuh projek pembangunan luar pesisir, termasuk empat medan gas baharu.