BERITA TERKINI   Glasgow 2026: Atlet angkat berat Irene Jane Henry raih pingat gangsa kategori 48 kg wanita | Malaysia sedia mengalu-alukan F1 kembali ke Sepang dengan pamer kemudahan bertaraf dunia, kecemerlangan operasi dan layanan mesra, di samping perkukuh hubungan dengan Bahrain - PM Anwar | PM Anwar zahir penghargaan kepada Putera Salman Hamad Al Khalifa, kerajaan Bahrain atas kepercayaan dan keyakinan terhadap Malaysia selaku tuan rumah GP Bahrain | Glasgow 2026: Atlet angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan cipta rekod baharu dalam acara clean and jerk | Glasgow 2026: Jaguh angkat berat Mohamad Aniq Kasdan sumbang emas pertama Malaysia selepas juarai kategori 60kg lelaki | 

Terdapat 39 berita berdasarkan kata kunci carian " pusat data "

Pelaburan Jepun Dalam E&E Cecah RM10.5 Bilion, Bakal Wujud 9,009 Peluang Pekerjaan - MITI

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pelaburan dari Jepun yang diluluskan dalam sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) bagi 2021 hingga 2025 berjumlah RM10.5 bilion meliputi 46 projek dan dijangka mewujudkan 9,009 peluang pekerjaan baharu, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Pusat Data Di Malaysia Perlu Pembiayaan Lebih US$20 Bilion Sepanjang Tiga Tahun Akan Datang - S&Pp Global

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pusat data di Malaysia dianggarkan memerlukan pembiayaan lebih US$20 bilion (US$1=RM4.09) bagi pembinaan struktur asas (powered shell) dan penyediaan peralatan sepanjang tiga tahun akan datang, berdasarkan anggaran penambahan kapasiti sekitar dua gigawatt (GW), menurut S&P Global Ratings.

AI: Malaysia Perlu Bina Keupayaan Sendiri Untuk Teraju Era Digital - YTL

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Negara yang mahu menerajui bidang kecerdasan buatan (AI) perlu membangunkan keupayaan domestik merentasi keseluruhan ekosistem AI, bukannya bergantung kepada teknologi yang dibangunkan pihak lain, kata Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Datuk Seri Yeoh Seok Hong.

Melaka Sasar Pelaburan Semikonduktor Bernilai Tinggi Generasi Baharu

MELAKA, 16 Julai (Bernama) -- Melaka terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara hab semikonduktor dan pembuatan termaju terkemuka Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem perindustrian yang kukuh, tenaga kerja berkemahiran serta lokasi strategik bagi menarik pelaburan bernilai tinggi generasi baharu.

Projek Pusat Data: Kerajaan Jamin Kelulusan Jika Bekalan Tenaga, Air Mencukupi - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan hanya akan meluluskan projek pusat data selepas memastikan kapasiti bekalan tenaga dan air mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri tempatan.

Jati Tinggi Raih Kontrak RM22.6 Juta, Buku Pesanan Cecah Rekod RM936.5 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) mencatat buku pesanan tertinggi baharu sebanyak RM936.5 juta selepas anak syarikat milik penuhnya memperoleh dua kontrak berkaitan pusat data di Johor bernilai keseluruhan RM22.6 juta.

Ekonomi Dua Kelajuan Tidak Ketara Di Malaysia, Pelbagai Sektor Terus Pacu Pertumbuhan -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia tidak menunjukkan tanda-tanda sebagai sebuah ekonomi dua kelajuan walaupun ketidaktentuan geopolitik dan ketegangan perdagangan global semakin memuncak, dengan pertumbuhan terus disokong oleh hasil sumbangan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. 

HLIB Naikkan Unjuran KDNK 2026 Malaysia Kepada 4.7 Peratus, Disokong Eksport E&E Kukuh

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jangkaan lebih kukuh bagi eksport elektrik dan elektronik (E&E) dan permintaan semikonduktor global yang memberangsangkan mendorong Hong Leong Investment Bank (HLIB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia.

Asas Ekonomi Kukuh, Ringgit Diunjur Kekal Berprestasi Tinggi -- Standard Chartered

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai antara mata wang berprestasi tinggi selain dolar Singapura bagi rantau ini, disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh dan impak peningkatan harga minyak meskipun dalam senario pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Standard Chartered Bank.

Pasaran Hartanah Malaysia Kekal Disokong Infrastruktur, Aset Khusus

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.

Malaysia Antara 'Fabulous Five' Bakal Pacu Kitaran Pertumbuhan Asia - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kitaran pertumbuhan baharu Asia Tenggara tidak lagi dipacu oleh satu ekonomi, kitaran komoditi atau koridor pembuatan, sebaliknya oleh ‘Fabulous Five’ atau kelompok lima ekonomi hebat iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina serta Vietnam.

Unit Advancecon Peroleh Projek Taps Pusat Data Bernilai RM121.66 Juta Di Port Dickson

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holding Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) memperoleh subkontrak bagi kemudahan takungan air pinggiran sungai (TAPS) pusat data di Port Dickson, Negeri Sembilan, bernilai RM121.66 juta.