2bulan ago
CYBERJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Anggaran Awal KDNK suku kedua 2026 hari ini menunjukkan pertumbuhan 5.8 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia untuk mengkaji penubuhan rizab petroleum negara mencerminkan peralihan yang lebih menyeluruh dalam dasar nasional, menurut pakar.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam memperkukuh KWAN sebagai simpanan antara generasi negara bagi memastikan rizab kewangan berkekalan untuk generasi kini dan masa depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang akan memperkukuh asas perundangan dana itu dengan memastikan aliran masuk lebih konsisten, pengeluaran lebih berdisiplin serta tadbir urus dan akauntabiliti yang lebih jelas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery merupakan satu penipuan terancang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memindahkan sebanyak RM14.5 bilion baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka kekal di landasan sasaran defisit fiskal bagi 2026 walaupun memperuntukkan tambahan RM25 bilion bagi subsidi bahan api, dengan defisit diunjurkan pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah yang disenaraikan di Pasaran Utama, Paragon Globe Bhd (PGB) telah bercadang untuk mengambil alih kepentingan benefisial tidak terbahagi bernilai RM127.28 juta secara tunai ke atas kawasan seluas kira-kira 8.52 juta kaki persegi di dalam tanah geran induk (master land) pegangan bebas seluas 103.89 hektar di Kulai, Johor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 bagi memperbadankan Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) (KWAN) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
2bulan ago
KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) bercadang melabur RM30 juta untuk membina kilang pembuatan roti Gardenia di Kota Samarahan, Sarawak, yang akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan kepada graduan tempatan dan pekerja mahir.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.