BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 0-0 Indonesia | 

Terdapat 405 berita berdasarkan kata kunci carian " pengurusan"

Untung Bersih Malayan Cement Meningkat Kepada RM903.17 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malayan Cement Bhd meraih keuntungan bersih lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 yang mencecah RM903.17 juta daripada RM672.38 juta sebelum ini, disumbangkan terutamanya oleh pengurusan kos lebih ketara serta peningkatan kecekapan operasi.

Untung Bersih Malaysian Pacific Industries Naik Kepada RM188.04 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malaysian Pacific Industries Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM188.04 juta berbanding RM153.78 juta tahun lepas, didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi. 

Untung Bersih Dialog Meningkat Kepada RM593.55 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.

Khazanah Maklumkan Kemajuan, Tadbir Urus Pada Mesyuarat Lembaga Pengarah Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah ketiganya bagi tahun ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

PM Arah Siasat Anak Syarikat Khazanah, Kesan Potensi Ketidakaturan Kewangan

KLANG, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap Xeraya Capital, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd untuk mengesan sebarang potensi ketidakaturan kewangan.

Untung Bersih Sunway Healthcare Suku Kedua Lonjak Kepada RM78.15 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd melonjak kepada RM78.15 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026, daripada RM41.38 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan Bersih Takaful Malaysia Naik Kepada RM88.33 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi sebanyak RM88.83 juta pada suku kedua 2026, meningkat daripada RM83.82 juta pada tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat kepada RM1.16 bilion daripada RM1.01 bilion.

Keuntungan Bersih Kossan Rubber Pada Suku Kedua Meningkat Kepada RM64.47 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd (Kossan) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) meningkat lebih dua kali ganda kepada RM64.47 juta berbanding RM31.15 juta pada suku kedua 2025, disokong oleh prestasi lebih baik di semua bahagiannya. 

Co-opbank Pertama Terbitkan Sukuk Berstruktur Terlindung Bernilai RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) telah selesai menerbitkan Sukuk Wakalah Berstruktur Terlindung yang pertama bernilai RM500 juta menerusi syarikat tujuan khasnya, Himayah Sukuk Bhd.

Untung Bersih Gas Malaysia Susut Kepada RM72.52 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan penurunan untung bersih kepada RM72.52 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM99.12 juta pada suku yang sama tahun lepas, susulan hasil lebih rendah berikutan penurunan harga jualan purata gas asli.

TH Plantations Catat Keuntungan Bersih RM5.78 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- TH Plantations Bhd (THP) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM5.78 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026, berbanding RM11.78 juta pada suku kedua 2025.

SC Sedia Kawal Selia Pelaburan TH Jika Diputuskan Kerajaan

GEORGE TOWN, 19 Ogos (Bernama) -- Keputusan sama ada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan diberi peranan mengawal selia pengurusan dana dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) terletak pada kerajaan, kata Pengerusinya Datuk Mohammad Faiz Azmi.