12hari ago
PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) sedang meneroka peluang menembusi pasaran Mesir menjelang akhir 2027 atau 2028, dengan merancang menjadikan negara itu sebagai hab eksport strategik untuk motosikal keluarannya ke seluruh Afrika dan Timur Tengah.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Lanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan dan kadar duti setem tetap bagi pembiayaan kapal yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka dapat mengurangkan kekangan pembiayaan yang dihadapi pemilik kapal di Malaysia.
13hari ago
PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) –- Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan fiskal yang berhemah dalam Belanjawan 2027 supaya dapat mengembalikan hasil kepada rakyat bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup, khususnya golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 mencerminkan kemajuan berterusan dalam membina kejayaan Malaysia untuk menaikkan siling ekonomi di samping mengangkat lantai kesejahteraan rakyat bagi memenuhi visi kemakmuran bersama dalam pelan tindakan MADANI.
13hari ago
PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Mesir akan menumpukan usaha untuk memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, meningkatkan kesalinghubungan penerbangan serta meneroka bidang baharu ekonomi pada mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang dijadualkan pada suku pertama tahun depan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan terus memperkukuh daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan meletakkan rakyat sebagai tumpuan utama melalui usaha meringankan beban kos sara hidup, meningkatkan gaji dan memperluas peluang.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 bakal memperkukuh aspirasi Malaysia untuk membina ekonomi yang lebih produktif dan berdaya tahan, sambil memastikan kemajuan tersebut membawa manfaat bermakna kepada perniagaan dan isi rumah.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Inisiatif cukai bersasar dalam Belanjawan 2027 dijangka menyokong daya saing perniagaan, menggalakkan pelaburan domestik serta memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia di tengah-tengah peningkatan kos operasi dan ketidaktentuan global, kata pakar cukai.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM41 juta dalam Belanjawan 2027 akan membantu memajukan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER) serta memperkukuh komitmen kerajaan untuk memperkasa ekosistem inovasi Malaysia dan mempercepat transformasi digital.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk menggerakkan modal merangkumi pasaran swasta, sektor strategik dan pasaran modal domestik, tertakluk kepada proses pelaburannya, pertimbangan risiko dan pulangan serta keadaan pasaran semasa.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM1.7 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 bagi memenuhi keperluan pembiayaan pelbagai kumpulan sasar akan menyuntik momentum kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembiayaan mikro negara.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata pada minggu depan, dengan kecenderungan meningkat dalam dagangan berhati-hati didorong oleh pembelian saham mewah terpilih.