Bank Negara Malaysia Kekalkan Kadar Dasar Semalaman Pada 2.75 Peratus
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh ketujuh berturut-turut, pada Khamis.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh ketujuh berturut-turut, pada Khamis.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat tempatan mendaftar bagi menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Ke-22 2026.
SUBANG, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Mitsuit Fudosan Group melabur sebanyak RM80 juta untuk membangunkan kompleks logistik kargo udara baharu dengan MAHB memegang 30 peratus kepentingan manakala 70 peratus lagi dimiliki Mitsui Fudosan.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Jumlah keseluruhan tanggungan kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) termasuk yang telah dilunaskan dan masih belum dijelaskan berjumlah RM51.4 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penyedia penyelesaian transformasi digital SRKK AI Bhd menjangkakan pengembangannya ke Indonesia akan mula memberi sumbangan penting kepada perolehan kumpulan dalam tempoh tiga tahun susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat telah menjejaskan sentimen pelabur.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank-bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) di Malaysia sedang aktif menggunakan kecerdasan buatan (AI) namun kebanyakannya masih mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan terutamanya bagi perniagaan yang berimpak tinggi.
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS menyusut selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan jualan kenderaan elektrifikasi (xEV) sebanyak 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu menjelang 2030, kemudian naik kepada 50 peratus pada 2040 dan 80 peratus pada 2050.
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan harga minyak mentah berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Peralihan tenaga Malaysia bukan sahaja bergantung pada pengembangan kapasiti penjanaan tetapi juga pada keupayaannya untuk membina grid kuasa yang lebih pintar, lebih bersepadu dan lebih berdaya tahan, kata seorang pakar industri.