12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan sebanyak tiga lagi syarikat antarabangsa memulakan perkhidmatan penerbangan ke sini menjelang akhir tahun ini.
12hari ago
GEORGE TOWN, 12 Sept (Bernama) -- Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), subsidiari milik penuh Bank Rakyat, melancarkan aplikasi mudah alih MyARX sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh transformasi digital perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang terhad minggu depan, dengan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi berkemungkinan mengehadkan potensi kenaikan harga logam berharga itu.
12hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan antara RM4,400 dan RM4,500 setan minggu depan, dengan aktiviti pengambilan untung berkemungkinan memberi tekanan berikutan bekalan stok minyak sawit yang mencukupi.
12hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil minggu depan dengan kecenderungan meningkat sedikit berikutan harga minyak yang lebih tinggi.
12hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak mendatar dalam julat 1,680 hingga 1,710 mata minggu depan, dengan potensi pemulihan teknikal sekiranya sentimen risiko global kembali stabil.
13hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah berikutan kebimbangan mengenai peningkatan paras stok simpanan dan pengeluaran dalam negara.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rancangan Hextar Industries Bhd untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuti dalam Woodpeckers Group Sdn Bhd pada harga tunai RM177.48 juta, tidak akan diteruskan selepas beberapa syarat berkaitan gagal dimuktamadkan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Vestland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Vestland Resources Sdn Bhd (VRSB), meraih kontrak daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan bernilai RM410 juta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Mondelēz International merasmikan Crumb Tower bernilai RM90 juta yang kini siap sepenuhnya di kilang Cadbury Confectionery, Shah Alam, Selangor.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Insurans kaptif semakin mendapat pengiktirafan sebagai penyelesaian pembiayaan risiko yang strategik berikutan perniagaan berusaha memperkukuh daya tahan, meningkatkan kawalan terhadap pembiayaan risiko serta menangani risiko baharu, menurut Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC).
13hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meraih kelebihan sebagai peneraju awal dalam gelombang kedua pembangunan infrastruktur pengkomputeran hiperskala dan kecerdasan buatan (AI) di ASEAN.