27hari ago
JOHOR BAHRU, 19 Ogos (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berfungsi sebagai pintu masuk serantau transformatif dengan memanfaatkan sinergi struktur antara kedua-dua ekonomi, mengubah paradigma daripada perdagangan rentas sempadan kepada inovasi rentas sempadan.
27hari ago
GEORGE TOWN, 19 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sedang meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengoptimumkan operasi pelabuhan, mengurangkan tempoh peralatan yang beroperasi terbiar dan tenaga, serta mempercepat transformasinya menjadi hab maritim pintar dan rendah karbon.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan berupaya mengekalkan momentum jualan mereka pada separuh kedua 2026.
28hari ago
IPOH, 19 Ogos (Bernama) -- Penyedia penyelesaian automotif EP Manufacturing Bhd (EPMB) merasmikan fasiliti komponen casis baharunya di Automotive High Technology Valley (AHTV), Tanjong Malim, melibatkan pelaburan bernilai RM9.5 juta.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS berikutan jangkaan bahawa kemungkinan untuk Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah dalam mesyuaratnya pada September telah berkurangan, kata ahli ekonomi.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat 27 peratus kepada RM103.92 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 berakhir 30 Jun, 2026, daripada RM82.06 juta pada suku yang sama tahun lepas.
28hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikannya untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama dan serantau pada Selasa, apabila jangkaan Rizab Persekutuan AS kemungkinan besar tidak menaikkan kadar faedahnya pada September telah menjejaskan dolar AS.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ekonomi digital berada di landasan tepat untuk menyumbang sebanyak 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dutch Lady Milk Industries Bhd (Ducth Lady) bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun, 2026, meningkat kepada RM38.17 juta berbanding RM23.39 juta pada suku kedua 2025.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa mengatasi prestasi kebanyakan bursa serantau lain disokong oleh peningkatan dalam saham berkaitan komoditi dan perladangan, kata seorang penganalisis.
28hari ago
JAKARTA, 18 Ogos (Bernama) -- Hutang luar Indonesia meningkat 4.4 peratus tahun ke tahun kepada US$453.4 bilion (US$1=RM4.05) pada suku kedua 2026, didorong peningkatan hutang luar sektor awam ketika penguncupan hutang sektor swasta semakin sederhana.
28hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.