8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengkaji mekanisme terbaik membabitkan cadangan levi ke atas kenderaan elektrik (EV) bagi menyokong pembangunan infrastruktur pengecasan di seluruh negara.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd, Gamuda Engineering Sdn Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM1.71 bilion bagi projek pusat data hiperskala di Port Dickson daripada sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
8hari ago
GEORGE TOWN, 5 Ogos (Bernama) -- Boustead Holdings Berhad (BHB) menyasarkan meningkatkan hasil kumpulannya kepada RM30 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang daripada kira-kira RM12 bilion ketika ini menerusi penstrukturan semula perniagaan yang memberi tumpuan kepada sektor pertahanan, pembangunan hartanah dan perkhidmatan komersial.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada tengah hari dipacu minat belian baharu terhadap saham teknologi, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau.
8hari ago
KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) -- Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) telah meluluskan keputusan pelaburan akhir (FID) bagi meneruskan pembangunan fasa ketiga medan air dalam Malikai di luar pesisir Sabah.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Peneraju perniagaan Eropah menggesa kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) yang berkualiti tinggi dan memberikan hasil komersial yang praktikal selain memperkukuh pelaburan dan kerjasama jangka panjang.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal pada Rabu.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Rabu, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan keyakinan terhadap kemungkinan persetujuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi membuka semula Selat Hormuz, kata seorang penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong data ekonomi negara maju itu yang lemah daripada jangkaan sehingga memberi tekanan kepada mata wang berkenaan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Portfolio sukuk Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) meningkat kepada paras tertinggi baharu sebanyak US$7.4 bilion susulan terbitan dan terbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.192 bilion (US$1=RM4.07) pada hari ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kajian Malaysian Steel Institute (MSI) menganggarkan kos berkaitan pelaksanaan Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon Kesatuan Eropah (EU-CBAM) kepada industri besi dan keluli Malaysia boleh mencecah kira-kira RM970.7 juta pada 2026 dan meningkat pada tahun-tahun seterusnya.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyahgaraman air laut sebagai antara sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri dengan keperluan air yang tinggi, termasuk pusat data.