9hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, walaupun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan.
9hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam Perancis selepas pasaran bonnya mencatat jualan ketara, minggu lepas.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kelewatan memuktamadkan beberapa kontrak pelengkap Kapal Tempur Pesisir (LCS) mengakibatkan risiko kelewatan proses pembinaan LCS1 hingga LCS5, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd kini dalam perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menyelesaikan isu berhubung penggantungan sementara perkhidmatannya kepada jabatan itu yang berkuat kuasa hari ini.
10hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALALUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Satu skim teknologi kecerdasan buatan (AI) khusus perlu diperkenalkan bagi melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja Malaysia dalam memahami, melaksanakan dan memanfaatkan AI di hampir semua kerjaya di negara ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Implikasi daripada konflik di Asia Barat yang mengganggu bekalan komoditi global dan laluan perdagangan strategik ke atas kestabilan kewangan Malaysia masih terkawal, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Akaun Belum Terima (ABT) Kerajaan Persekutuan mencatat penurunan 1.1 peratus kepada RM102.032 bilion pada 2025 daripada RM103.158 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sejumlah RM514.855 bilion atau 39 peratus daripada keseluruhan RM1,320.776 bilion hutang Persekutuan akan matang dalam tempoh satu hingga lima tahun berdasarkan kedudukan pada 31 Dis, 2025, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- BMI telah meningkatkan unjurannya untuk niaga hadapan minyak mentah Brent kepada US$93 setong berbanding US$83 setong untuk purata tahunan 2026 dan kepada US$81 setong daripada US$71 setong pada 2027.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- NexG Bhd (NexG) kembali menggunakan nama asalnya, Datasonic Group Bhd selepas pemegang sahamnya meluluskan cadangan nama itu pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini, iaitu pada 30 September.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sistem e-Jamin, sebuah perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), telah beroperasi selama lima tahun sejak 2020 tanpa kontrak rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) melantik Hanisofian Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Okt, 2026, selepas beliau berkhidmat sebagai CEO interim sejak Januari tahun ini.