8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembiayaan berjumlah RM3.8 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Penstabilan PKS (SME SRF) Bank Negara Malaysia (BNM) telah diluluskan setakat 30 Sept 2026, yang memanfaatkan lebih 6,800 akaun perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung milik penuh Ann Joo Resources Bhd (AJR), IAC Infrastructure Sdn Bhd (IACI) telah memeterai perjanjian subkontrak bernilai RM61.89 juta.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu walaupun Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) mencatat penurunan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) membeli aset hartanah logistik di Bayan Lepas Waterfront, Pulau Pinang, daripada Titijaya Land Bhd pada harga kira-kira RM300 juta.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Asian Pac Holdings Bhd (APHB) telah memeterai perjanjian dengan KotaSAS Sdn Bhd untuk membeli 8.69 hektar tanah pajakan di Kuantan, Pahang bernilai RM42.09 juta dan menjalankan pembangunan komersial bersebelahan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM281.3 juta.
8hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit kembali ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh keyakinan terhadap asas ekonomi Malaysia susulan sentimen positif terhadap pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) serta jangkaan pertumbuhan domestik yang berterusan, kata seorang penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia bagi 2026 kepada 7.4 peratus daripada 6.4 peratus sebelum ini susulan risiko berterusan dalam pasaran tenaga akibat konflik berpanjangan di Asia Barat.
8hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia diunjur mencapai nilai barangan kasar (GMV) sebanyak US$48 bilion (US$1 = RM4.08) pada 2026, menurut laporan tahunan e-Conomy SEA (Asia Tenggara) bagi edisi ke-11 2026.
8hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih terutama saham utiliti, mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu, seiring dengan pasaran serantau.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Berjaya Construction Bhd akan melaksanakan kerja-kerja reka bentuk dan binaan membabitkan projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis dengan anggaran kos mencecah RM1.2 bilion termasuk kos pembinaan awal sebanyak RM675 juta.