4hari ago
LABUAN, 18 Nov (Bernama) -- Ahli akademik dan penyelidik dari lima negara Asia Tenggara telah berkumpul di pulau Labuan hari ini untuk Persidangan Perniagaan Antarabangsa Gunaan keenam (AIBC 2026).
4hari ago
SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memberi tumpuan, antara lain, kepada usaha memperkukuh perdagangan dan pelaburan serantau, memperluas kerjasama dalam ekonomi digital serta memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik pada Sidang Kemuncak APEC 2026 di sini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) berasaskan risiko yang akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan bakal melengkapi undang-undang mengikut sektor sedia ada, menurut Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggesa syarikat aeroangkasa Perancis untuk memperluas pemerolehan tempatan dan bekerjasama rapat dengan pembekal Malaysia bagi membantu memperkukuh industri aeroangkasa domestik.
6hari ago
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan dalam memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, telus, inklusif dan berasaskan peraturan, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya.
7hari ago
BELURAN, 15 Nov (Bernama) -- Sabah akan memperluas skop bantuan Geran SME-UP kepada sektor perkhidmatan di negeri itu pada tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick.
7hari ago
KUALA KANGSAR, 15 Nov (Bernama) -- Perak dijangka sekali lagi mencatatkan lebihan kewangan tahun ini mengatasi unjuran defisit sebanyak RM95.5 juta, sekali gus melakar pencapaian lebihan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.
8hari ago
Daripada Linda Khoo Hui Li
MANILA, 14 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN pada Sabtu melakar sejarah menerusi pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) yang bertujuan memudahkan urusan perdagangan dalam talian serta membantu perniagaan menjangkau pelanggan di seluruh rantau ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) menawarkan Bantuan Pemulihan Banjir merangkumi pilihan penangguhan pembayaran (moratorium) sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran balik pinjaman, pengecualian yuran dan caj bagi pelanggan serta perniagaan yang terjejas akibat banjir.
9hari ago
GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang kini menempatkan lebih 30 syarikat dalam sektor peralatan ujian automatik (ATE) dan daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 10 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan jumlah permodalan pasaran terkumpul kira-kira RM40 bilion.
9hari ago
GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) -- Makmal Peralatan Ujian Automasi (ATE) guna sama di bawah inisiatif Kampus ATE Pulau Pinang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027, menawarkan akses kepada syarikat tempatan terhadap teknologi canggih, peralatan, perisian dan kepakaran bagi memperkukuh keupayaan pembangunan produk.
9hari ago
JAKARTA, 13 Nov (Bernama) -- Indonesia berdepan tekanan baharu untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi susulan peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, dengan kredibiliti penggantinya dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk sentimen pasaran.