1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd susut kepada RM31.71 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM62.83 juta yang dicatatkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd, cabang tenaga boleh baharu Wasco Bhd, melantik Wong Yin Kee sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur merosot di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat dan pertumbuhan ekonomi global, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftarkan 441,846 ahli baharu dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2026 (1H 2026), menjadikan jumlah keahliannya hampir 18.5 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Celestica Inc dijangka menambah lebih 2,100 lagi pekerjanya di Malaysia, seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran inflasi Malaysia pada 2.1 peratus bagi 2026, meningkat daripada 1.4 peratus pada 2025, dengan tekanan harga domestik kekal terkawal meskipun risiko tenaga kembali meningkat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong minat belian terhadap kaunter wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi dan media, utiliti serta produk perindustrian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan lebihan akaun semasa Malaysia bagi 2026 kekal kukuh, dengan mengekalkan jangkaan pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 1.6 peratus pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Sektor pengangkutan dan logistik, telekomunikasi dan media serta tenaga merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM158.4 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan dalam sesi dagangan sebelumnya.