11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Hanya 13 peratus kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) mempunyai perlindungan insurans banjir berbanding 50 peratus kenderaan elektrik (EV), menurut data Insurance Services Malaysia (ISM) bagi tempoh 2022 hingga suku kedua 2026.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Najmuldin Exchanger dan Nusantara Global Network kerana disyaki melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).
11hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat menjejaki penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan jangkaan peningkatan pengeluaran getah di Thailand, kata seorang peniaga.
11hari ago
Oleh M. Saraswathi and Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
11hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 6 Nov (Bernama) -- Singapore Airlines (SIA) hari ini mengumumkan pelan pelaburan bernilai lebih S$2 bilion (S$1=RM3.16) untuk menambah baik produk kabin penerbangan jarak jauh serta sistem hiburan dalam penerbangan KrisWorld sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman penumpang.
11hari ago
Oleh M. Saraswathi dan Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan keperluan kawal selia bagi memastikan institusi kewangan mengekalkan langkah perlindungan keselamatan siber yang mencukupi dan terus memperkukuh pertahanannya, kata Gabenornya Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Frontken Corporation Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM57.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM45.83 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipu yang menyamar sebagai bank pusat itu melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat peribadi serta perbankan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia (IHPRP) meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku ketiga 2026, naik daripada 2.9 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM447 juta daripada RM412 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan aliran penurunan pada tengah hari ini, seiring dengan penurunan di kebanyakan pasaran serantau berikutan aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi yang memberi impak kepada pasaran dalam sentimen lemah selepas kejatuhan Wall Street semalaman.