BERITA TERKINI   ACLE: JDT 1-1 Buriram United | 

Terdapat 399 berita berdasarkan kata kunci carian "ncer"

Malaysia Pelabur Asing Kelima Terbesar Di Indonesia Pada Suku Kedua 2026

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 16 Julai (Bernama) -- Malaysia merupakan sumber pelaburan asing kelima terbesar di Indonesia pada suku kedua 2026, dengan menyumbang US$700 juta (US$1 = RM4.065), manakala keseluruhan pelaburan direalisasi Indonesia berjumlah Rp511.8 trilion (Rp1 juta = RM225).

Cawangan Pertama ST Rosyam Mart Di Johor Akan Dibuka Menjelang September

JOHOR BAHRU, 16 Julai (Bernama) – Rangkaian pasar raya borong dan runcit halal ST Rosyam Mart akan membuka cawangan pertamanya di Johor menjelang 12 Sept, menandakan pengembangannya ke wilayah selatan dan mengukuhkan sektor peruncitan negeri itu.

Kempen Pertama 'MASB Belanja & Menang' Catat Hampir 1.9 Juta Transaksi -- MAHB

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kempen pertama ‘MASB Belanja & Menang’ berjaya mencatatkan hampir 1.9 juta transaksi di 14 lapangan terbang domestik sepanjang tempoh penganjuran pada 1 Ogos hingga 31 Disember 2025, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Kerajaan Lunas Bayaran Balik Lebihan Cukai RM14.7 Bilion Sehingga 30 Jun 2026 - MoF

KUALA LUMPUR, Julai 15 (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai sehingga 30 Jun 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Hutang Statutori Kerajaan Persekutuan Kekal Di Bawah Had 65 Peratus Setakat Mac 2026 – MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada paras 61.9 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KNDK) sehingga akhir Mac 2026, iaitu masih di bawah had 65 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Siti Asiah Dilantik Ketua Perangkawan

PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Siti Asiah Ahmad dilantik sebagai Ketua Perangkawan berkuat kuasa hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.

PTL Properties Buka Galeri Jualan The Rimbun Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM, 15 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah berpangkalan di Pulau Pinang, PTL Properties Sdn Bhd secara rasmi membuka galeri jualan The Rimbun, pembangunan strata rumah bandar mampu milik terbaru di Bukit Mertajam.

Pasaran Hartanah Malaysia Kekal Disokong Infrastruktur, Aset Khusus

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.

IILM Raih Tiga Anugerah Prestij Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) meraih tiga anugerah berprestij pada The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2026.

Pertumbuhan KDNK Suku Kedua Malaysia Dijangka Menyederhana - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.

Laksana Kerjasama Pertahanan Multinasional Di Selat Melaka Bagi Kesiapsiagaan Hadapi Krisis Geopolitik - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Negara yang bersempadan dengan Selat Melaka perlu memulakan kerjasama pertahanan multinasional dengan menjalankan ujian tekanan dan simulasi di selat tersebut untuk lebih bersedia menghadapi potensi krisis geopolitik, kata penganalisis.