Terdapat 845 berita berdasarkan kata kunci carian "rm1"

Perdagangan Malaysia Meningkat 37.3 Peratus Kepada RM364.7 Bilion Pada Julai – DOSM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) --  Prestasi perdagangan Malaysia terus mengukuh pada Julai 2026, meningkat 37.3 peratus kepada RM364.7 bilion daripada RM265.7 bilion setahun sebelumnya, disokong pertumbuhan berterusan dalam eksport dan import.

Saham Petronas Chemicals Susut 2.66 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) --  Saham-saham Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut sebanyak 2.66 peratus dalam dagangan awal Khamis walaupun telah mengumumkan keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun, 2026, semalam.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Pemulihan Wall Street Semalaman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalaman. 

Untung Bersih Gas Malaysia Susut Kepada RM72.52 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan penurunan untung bersih kepada RM72.52 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM99.12 juta pada suku yang sama tahun lepas, susulan hasil lebih rendah berikutan penurunan harga jualan purata gas asli.

TH Plantations Catat Keuntungan Bersih RM5.78 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- TH Plantations Bhd (THP) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM5.78 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026, berbanding RM11.78 juta pada suku kedua 2025.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah Pelabur

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan penurunan saham teknologi telah menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.

Misi Perniagaan Malaysia-Kemboja Sasar Potensi Dagangan RM100 Juta

Oleh Vijian Paramasivam

PHNOM PENH, 19 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan RM100 juta dalam potensi perdagangan melalui Misi Pecutan Eksportnya ke Kemboja.

GTA Holdings Tangguh Rancangan Pengembangan Di Asia Barat, Teroka Peluang Lain

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin pesawat, GTA Holdings Bhd (GTA) telah menangguhkan rancangan pengembangannya di Asia Barat berikutan ketegangan yang berterusan di rantau itu.

Petronas Chemicals Raih Untung Bersih RM414 Juta Berbanding Rugi Bersih RM1.08 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) meningkat ketara kepada RM414 juta pada suku kedua berakhir pada 30 Jun 2026 berbanding kerugian bersih RM1.08 bilion bagi tempoh sama setahun sebelumnya.

Malaysia Masih Terdedah Kepada Turun Naik Harga Minyak Walaupun Prestasi Kukuh LNG - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kejutan harga minyak baru-baru ini menunjukkan bahawa Malaysia masih terdedah kepada perubahan harga minyak dari segi kedudukan perdagangan tenaganya walaupun negara kekal sebagai pengeksport tenaga bersih, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman dan pasaran serantau yang suram dipengaruhi ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE, GTA Holdings Sasar Kumpul RM71.75 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin pesawat GTA Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM71.75 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO).