2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lebih 14.2 juta daripada 16.7 juta individu yang menerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) telah menikmati subsidi berkenaan yang melibatkan penggunaan lebih 13.4 bilion liter, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
TAWAU, 2 Ogos (Bernama) -- Pelabuhan Tawau memperoleh dua kren dermaga (quay crane) baharu bernilai RM70 juta bagi mempertingkat kapasiti pengendalian kargo serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk maritim utama di Pantai Timur Sabah.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna dalam sektor runcit serta makanan dan minuman (F&B), khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dijangka meningkat susulan pertambahan jumlah pengunjung dan permintaan lebih kukuh berikutan penganjuran Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain di Malaysia.
2bulan ago
JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang mengenal pasti kemungkinan pelaksanaan projek rintis yang spesifik dalam mendepani cabaran peralihan struktur demografi menua untuk diketengahkan pada tahun hadapan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.07 hingga 4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan sentimen pasaran dipengaruhi oleh pengumuman data ekonomi AS dan implikasi terhadap prospek kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
2bulan ago
KUANTAN, 1 Ogos (Bernama) -- Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) mengagihkan dividen modal syer sebanyak 60 peratus berjumlah lebih RM35 juta kepada 1,469 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah menanggung subsidi gas petroleum cecair (LPG) hampir RM1.25 bilion untuk tempoh Januari sehingga Mei 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Eastern & Oriental Bhd (E&O) dan Majestic Gen Group memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, bernilai RM189.90 juta daripada Twelve Kiapeng Sdn Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air melancarkan penerbangan terus antara Riyadh dan Kuala Lumpur, menjadikan ibu negara Malaysia itu sebagai pintu masuk pertamanya ke Asia Tenggara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melengkapkan penerbitan sukuk biru berjumlah RM720 juta menerusi Pengurusan Air SPV Bhd di bawah Program Kertas Komersial Islam RM2 bilion sedia ada.
2bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerugian RM10 bilion yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menampung subsidi haji untuk lebih ramai jemaah muassasah khususnya daripada golongan B40 menunaikan ibadah itu bagi tempoh lebih 20 tahun.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia dijangka melonjak ketara dengan kehadiran peminat Formula Satu (F1) dari seluruh dunia untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain (GP Bahrain), yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini.