BERITA TERKINI   RCI TH: Bekas timbalan pengurus besar projek pembinaan TH Properties didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan subahat pecah amanah | 

Terdapat 712 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

Bank Dunia Kekal Komited Sokong Agenda Kerajaan Digital Malaysia

PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Bank Dunia kekal komited untuk menyokong Malaysia dalam memajukan agenda transformasi digitalnya dengan berkongsi pengalaman antarabangsa, menyediakan sokongan analitikal, memudah cara pertukaran pengetahuan dan bekerjasama merealisasikan cadangan kepada tindakan.

CelcomDigi Tawar Hadiah Bernilai RM20 Juta, Lancar Kempen Hargai Pelanggan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- CelcomDigi Bhd melancarkan kempen ganjaran pelanggan dengan menawarkan hadiah bernilai RM20 juta sebagai tanda penghargaan susulan pencapaiannya mencapai 20 juta pelanggan.

MAHB Catat 51 Juta Pergerakan Penumpang Separuh Pertama 2026 Dipacu Perjalanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 51 juta pergerakan penumpang di seluruh lapangan terbangnya di Malaysia pada separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

BEZ Malaysia-Thailand Mampu Pacu Dagangan, Kurangkan Kos Logistik -- Ahli Ekonomi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand (BEZ) berpotensi memberi impak ketara dari segi pengukuhan hubungan dagangan dua hala dan kemajuan ekonomi serantau, kata ahli ekonomi.

Sinergi Selangor-Negeri Sembilan Pacu Koridor Pelaburan Baharu - Amirudin

SEREMBAN, 22 Julai (Bernama) -- Sinergi pembangunan strategik antara Selangor dan Negeri Sembilan berpotensi mewujudkan koridor pertumbuhan ekonomi baharu yang mampu memperkukuh daya saing wilayah tengah negara menerusi jaringan pelaburan, pembangunan industri berteknologi tinggi serta infrastruktur logistik yang lebih bersepadu.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih disebabkan aktiviti pengambilan untung.

Pemindahan Saham DNB Dijangka Selesai Akhir Suku Ketiga 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemindahan saham Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka selesai menjelang akhir suku ketiga 2026 atau pada peringkat awal suku keempat 2026, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Pernas Perkenal Bizfrancais Di PIHEX 2026, Buka Peluang Usahawan Teroka Francais Halal

GEORGE TOWN, 22 Julai (Bernama) – Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) akan memperkenalkan BizFrancais buat julung kalinya di Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2026, sebagai platform strategik untuk memperluaskan peluang perniagaan francais halal dan patuh syariah kepada usahawan tempatan. 

ECRL Perkukuh Pertumbuhan Ekonomi Di Pantai Timur - Timbalan Menteri

Oleh Anis Nabilla Md Wazilah

KUANTAN, 22 Julai (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka memberi manfaat besar kepada usahawan dalam meluaskan pasaran selain memperkukuh pertumbuhan ekonomi khususnya di Pantai Timur. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan mengehadkan kenaikan walaupun Wall Street mencatatkan peningkatan semula semalaman, kata penganalisis.

DANA PLUS Percepat Kelulusan Pembiayaan Mikro Dari 14 Hingga 21 Hari Kepada 48 Jam

KLANG, 21 Julai (Bernama) -- Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) melancarkan aplikasi digital DANA PLUS yang membolehkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro sehingga RM10,000 dipendekkan dari 14 hingga 21 hari kepada hanya 48 jam.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan walaupun di pasaran meluas menunjukkan bahawa minat belian terpilih kekal kukuh.