Terdapat 649 berita berdasarkan kata kunci carian "maa"

Projek Pusat Data: Kerajaan Jamin Kelulusan Jika Bekalan Tenaga, Air Mencukupi - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan hanya akan meluluskan projek pusat data selepas memastikan kapasiti bekalan tenaga dan air mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri tempatan.

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini - MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Kerajaan Lunas Bayaran Balik Lebihan Cukai RM14.7 Bilion Sehingga 30 Jun 2026 - MoF

KUALA LUMPUR, Julai 15 (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai sehingga 30 Jun 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Widad Lantik Tengku Shaifuddin Sebagai Pengerusi, Nor Azlan Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Widad Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Tengku Shaifuddin Tengku Jamaluddin sebagai pengerusi baharunya dan Nor Azlan Zainal sebagai pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa hari ini.

Jati Tinggi Raih Kontrak RM22.6 Juta, Buku Pesanan Cecah Rekod RM936.5 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) mencatat buku pesanan tertinggi baharu sebanyak RM936.5 juta selepas anak syarikat milik penuhnya memperoleh dua kontrak berkaitan pusat data di Johor bernilai keseluruhan RM22.6 juta.

Dewan Rakyat Lulus Usul Pindahan RM14.5 Bilion Kepada Kumpulan Wang Pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memindahkan sebanyak RM14.5 bilion baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.

Defisit Fiskal Naik Sedikit Walaupun Peruntukan Subsidi Bahan Api Ditambah - HLIB

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka kekal di landasan sasaran defisit fiskal bagi 2026 walaupun memperuntukkan tambahan RM25 bilion bagi subsidi bahan api, dengan defisit diunjurkan pada kadar 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia Seiring Dengan Aliran Asia Pasifik Dalam Peningkatan Pelaburan AI

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia seiring dengan aliran yang lebih meluas di rantau Asia Pasifik apabila organisasi mempercepatkan pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) meskipun berdepan cabaran untuk mencapai pulangan yang boleh diukur, menurut International Data Corporation (IDC).

Pasaran Hartanah Malaysia Kekal Disokong Infrastruktur, Aset Khusus

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.

Pertumbuhan KDNK Suku Kedua Malaysia Dijangka Menyederhana - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.

Tiada Keperluan Ubah Unjuran Belanjawan 2027 Setakat Ini - Liew

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.