BERITA TERKINI   Dua daripada 57 rakyat Malaysia yang belum dapat dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Nepal telah berjaya dikesan - KLN | Kerugian bersih Berjaya Corporation berkurangan kepada RM340.36 juta pada Tahun Kewangan 2026 daripada RM541.97 juta pada 2025 | Keuntungan bersih RHB Bank meningkat kepada RM807.15 juta pada suku kedua Tahun Kewangan 2026 daripada RM803.50 juta pada tempoh yang sama tahun lepas | AUKU dimansuhkan untuk beri ruang mahasiswa bersuara secara bebas, kembang pemikiran kritis - PM Anwar | Kerajaan peruntuk RM200,000 untuk selenggara IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam - PM Anwar | 

Terdapat 821 berita berdasarkan kata kunci carian "pelabur"

Pengeluar Pelincir Malaysia Hyrax Oil Lebar Sayap Ke Lima Pasaran Asia Tenggara

BANGKOK, 21 Julai (Bernama) -- Hyrax Oil Sdn Bhd memeterai beberapa perjanjian pada Selasa untuk mengembangkan produk cecair transformer ester Hyrax Estamol keluarannya ke pasaran Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah, menjejaki prestasi Wall Street menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.

PCEB Jalin Kerjasama Dengan Enam Institusi Bagi Perkasa Bakat Industri Acara Perniagaan

GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) – Biro Konvensyen & Pameran Pulau Pinang (PCEB) hari ini memeterai perkongsian strategik dengan enam institusi pengajian tinggi bagi memperkukuh penyaluran bakat bagi industri acara perniagaan di Malaysia. 

Kerajaan Rangka Formula Lebih Adil Bagi Pengiraan OMV Kenderaan CKD Tempatan

PETALING JAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang membangunkan formula yang lebih adil bagi mengira nilai pasaran terbuka (OMV) atau harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

ECRL Pemangkin Baharu Pertumbuhan EPIC, Hasil Dijangka Cecah RM700 Juta Menjelang 2030

KEMAMAN, 21 Julai (Bernama) -- EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) khususnya pembinaan jajaran ke Pelabuhan Kemaman di sini akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.

BNM Terus Galakkan Aliran Dana Dua Hala Pasaran Kewangan Dalam Pesisir

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha menggalakkan aliran dana dua hala dan memperkukuh pasaran kewangan dalam pesisir Malaysia melalui liberalisasi rangka kerja dasar pertukaran asing (FEP) yang berhati-hati.

Pengambilan Untung Dalam Saham Perbankan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.

AirBorneo Dirancang Jadikan Sarawak Hab Pelaburan Serantau -- Abang Johari

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Air Borneo dirancang sebagai pemangkin jangka panjang untuk menjadikan Sarawak sebagai hab pelaburan dan logistik serantau selain menyokong usaha memperkukuh ekonomi Malaysia, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

CIMB Sasar Jadi Rakan Pengurusan Kekayaan Kepada Individu Berpendapatan Tinggi ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- CIMB Group bermatlamat untuk menjadi rakan pengurusan kekayaan utama kepada individu berpendapatan tinggi di seluruh ASEAN melalui pengenalan CIMB Private Wealth memandangkan peningkatan pendapatan, perbandaran dan pemindahan kekayaan antara generasi sedang membentuk semula permintaan bagi perkhidmatan nasihat kekayaan di seluruh rantau ini.

AirBorneo Terap ‘Model Sarawak’ Kekalkan Tambang Mampu Milik – Abang Johari

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo, akan beroperasi menerusi “model Sarawak” yang menggabungkan sokongan kerajaan dengan operasi komersial bagi memastikan tambang penerbangan kekal berpatutan, selain menjamin kemampanan jangka panjang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Eksport Malaysia Diunjur Berkembang Pesat Pada 2026, Dipacu Permintaan Kukuh

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada sebanyak 21.7 peratus daripada 15.3 peratus sebelum ini, dipacu prestasi eksport 2026 setakat ini yang lebih kukuh berbanding jangkaan, apabila berkembang 27.5 peratus.

AirBorneo Perluas Operasi Ke Seluruh ASEAN, Kekalkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar

SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- AirBorneo Airways (AirBorneo) akan memperluaskan operasinya ke beberapa destinasi di seluruh ASEAN sambil terus mengekalkan tanggungjawabnya untuk menyediakan perkhidmatan udara luar bandar (rural air services) di Sarawak dan Sabah.