1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat pada kadar yang lebih perlahan kepada 1.9 peratus pada Jun 2026 berbanding dua peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, Julai 15 (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai sehingga 30 Jun 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan kebimbangan terhadap lonjakan dalam pengeluaran dan inventori minyak sawit di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memindahkan sebanyak RM14.5 bilion baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jangkaan lebih kukuh bagi eksport elektrik dan elektronik (E&E) dan permintaan semikonduktor global yang memberangsangkan mendorong Hong Leong Investment Bank (HLIB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- BMI, sebuah unit Fitch Solutions, menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan perlahan pada separuh kedua 2026, memandangkan momentum yang lebih kukuh daripada jangkaan setakat ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Glyken Bio Products Sdn Bhd (Glyken) dan Ortho Group, Jepun memeterai kerjasama penyelidikan bernilai lebih RM4 juta untuk meneroka penggunaan ekstrak sarang burung milik Glyken dalam pembangunan perubatan terapeutik dan penjagaan kesihatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Singapura menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah memutuskan supaya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Kementerian Ekonomi meneliti cadangan dikemukakan Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) dalam menangani tekanan rantaian bekalan global dan kenaikan kos bahan mentah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.1 peratus kepada 20,198 tan pada Mei 2026 berbanding 18,515 tan pada April 2026.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu berikutan kelemahan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang terus mempengaruhi sentimen pasaran.