BERITA TERKINI   Malaysia perhebat rundingan tarif dengan AS hingga suku pertama 2027, pastikan kadar pendedahan tidak melebihi 19 peratus - Johari Ghani | KK Mart sasar raih RM115.5 juta daripada IPO menjelang penyenaraian di Pasaran Utama pada 15 Dis | Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik susulan Menara T313 tumbang di Ranau - Sabah Electricity | PM Anwar umum peruntukan khas RM1.497 juta untuk naik taraf infrastruktur dan fasiliti 11 institusi pendidikan Islam dan sekolah tahfiz di enam kawasan Parlimen di Terengganu. | Malaysia diberi kepercayaan selaras projek pengurusan bencana ASEAN-China bernilai RM19.7 juta - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 176 berita berdasarkan kata kunci carian "penggunaan"

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan, Disokong Oleh Faktor Pemacu Domestik Dan Luaran

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan, disokong oleh permintaan domestik, pelaburan dan eksport bersih, meskipun berdepan ketidaktentuan global yang berterusan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Kerajaan Sedia Kaji Pengecualian Penuh Cukai Jualan Kenderaan Komersial Elektrik - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan bersedia mengkaji cadangan pemberian pengecualian penuh cukai jualan secara berfasa bagi prime mover elektrik dan kenderaan komersial elektrik lain, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Asia Pasifik Perlu Terus Perkukuh Kerjasama Elak Persaingan Antara Blok Serantau - PM Anwar

SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Asia Pasifik perlu terus mengukuhkan kerjasama merentas perbezaan geopolitik ketika tekanan persaingan antara blok serantau menjadi semakin ketara, kata Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kepelbagaian Ekonomi Malaysia Kurangkan Kebergantungan Pada Sektor AI - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai mengurangkan kebergantungannya terhadap mana-mana sektor tunggal, termasuk kecerdasan buatan (AI), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ekonomi Malaysia Tumbuh 5.5 Peratus Pada Suku Ketiga, Disokong Perbelanjaan Isi Rumah, Eksport – BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Kerajaan Tetapkan Mnimum 30 Peratus Kandungan Tempatan Untuk Projek Pusat Data Baharu

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan menetapkan sasaran minimum 30 peratus kandungan tempatan bagi projek pusat data baharu diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam pembangunan industri itu.

Kerajaan Perkukuh Kawal Selia Bekalan Elektrik Untuk Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) --  Kerajaan telah mengambil langkah kawal selia dan strategi berstruktur bagi menjamin kestabilan bekalan dan kos elektrik daripada pusat data tidak menjejaskan pengguna domestik serta industri sedia ada.

RUU Tadbir Urus AI Akan Lengkapkan Undang-undang Sektoral Sedia Ada – Kementerian Digital

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) berasaskan risiko yang akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan bakal melengkapi undang-undang mengikut sektor sedia ada, menurut Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong.

MBSB Bank, WIH Malaysia Meterai Perjanjian Pembiayaan RM1 Bilion Bagi Loji Simen Gua Musang

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- MBSB Bank Bhd dan WIH Malaysia Building Materials Sdn Bhd (WIH Malaysia) memeterai perjanjian pembiayaan berjumlah RM1.0 bilion bagi membangunkan loji pembuatan simen dan batu kapur bersepadu di Gua Musang, Kelantan.

Kesiapsiagaan Grid Elektrik Penting Untuk Tampung Peningkatan Permintaan Pusat Data AI - TNB

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang memperkukuh rangkaian pengagihan elektrik dan mempercepat perancangan pembangunan infrastruktur bagi menampung peningkatan permintaan tenaga elektrik susulan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan industri pusat data, di samping memastikan bekalan kepada pengguna sedia ada kekal stabil dan terjamin.

Projek Solar HLGY Energy Bekal Tenaga Kepada Bridge Data Centres Menjelang Jun 2028

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- HLGY Energy Sdn Bhd (HLGY Energy) sedang memperkukuh peranannya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia menerusi pembangunan Loji Tenaga Suria Kedah Rubber City (KERC SPP), iaitu projek fotovoltaik (PV) solar berkapasiti 119.7 megawatt (MW) yang disepadukan dengan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) berkapasiti 240.72 megawatt-jam (MWh).

Shell Mulakan Pengeluaran Gas Pertama Daripada Medan Gas Rosmari-Marjoram

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Sarawak Shell Bhd (SSB), anak syarikat Shell plc (Shell) telah mengeluarkan gas pertamanya daripada medan gas Rosmari dan Marjoram yang terletak 220 kilometer dari pesisir pantai Sarawak.