24hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
25hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah, di tengah-tengah ketegangan baharu di Asia Barat, menurut seorang peniaga.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada sebanyak 21.7 peratus daripada 15.3 peratus sebelum ini, dipacu prestasi eksport 2026 setakat ini yang lebih kukuh berbanding jangkaan, apabila berkembang 27.5 peratus.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada sektor tradisional seperti kaunter perbankan, pengguna dan perladangan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) separuh kedua 2026 kepada 4.1 peratus dan menaikkan unjuran tahun penuh 2026 kepada 4.8 peratus daripada 4.3 peratus seiring dengan prestasi kukuh pada suku kedua 2026.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif yang sederhana dalam julat 1,720 hingga 1,750, kata penganalisis.
28hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pusat pertumbuhan serantau di Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh untuk memacu fasa seterusnya pembangunan ekonomi bernilai tinggi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan “overweight” terhadap sektor pengangkutan dengan Westports Holdings Bhd kekal sebagai saham pilihan utamanya.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Program Solar Skala Besar Pusingan Keenam (LSS6) yang baharu dilancarkan dijangka akan memanfaatkan pelaburan swasta antara RM13 bilion dan RM15 bilion, memandangkan kuota tender telah ditingkatkan kepada 2.65 gigawatts (GW) daripada 2.0 GW sebelumnya.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah volum industri (TIV) untuk industri automotif Malaysia mencecah 790,000 unit pada tahun kalendar 2026.