1jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) --Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan besar-besaran pada Isnin, walaupun indek itu gagal melepasi paras 1,600, kata seorang penganalisis.
1jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih banyak syarikat penerbangan dan memperluas kapasiti lapangan terbang bagi menyokong pertumbuhan trafik pada masa hadapan serta menjana manfaat ekonomi yang lebih meluas.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, mencerminkan nilai syarikat tempatan yang meningkat dan memperkukuh aspirasi negara untuk menjadi hab syarikat pemula niaga global yang terkemuka menjelang 2030.
2jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup mengukuh pada Selasa, disokong kenaikan niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah penanda aras yang kekal stabil, kata seorang peniaga.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- SKA Capital Bhd, penyedia penyelesaian kejuruteraan infrastruktur tenaga, menyasarkan kutipan RM72.3 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) bagi memperkukuh keupayaan melaksanakan beberapa projek secara serentak serta membida kontrak infrastruktur tenaga yang lebih besar dan bernilai tinggi.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pembangunan KLIA Aeropolis berkeluasan 3,454 hektar di Sepang dijangka menarik lebih banyak industri berkaitan penerbangan, operator logistik, hotel dan pusat data dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut Juwai IQI.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi walaupun prestasi pasaran secara meluas adalah lemah.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga minyak terus menyokong eksport produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) Malaysia, sekali gus meningkatkan pendapatan eksport, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGSI).
8jam ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional dijangka mengekalkan momentum jualan mereka pada sepanjang tahun ini, disokong oleh kedudukan Perodua yang kukuh dalam segmen kenderaan mampu milik dan pertumbuhan jualan yang baik daripada Proton, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah permintaan maksimum elektrik bagi industri pusat data di Semenanjung dijangka mencapai 8,391 Megawatt (MW) menjelang 2030, iaitu berdasarkan unjuran perancangan bekalan elektrik semasa.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Usahawan Malaysia perlu mengatasi sikap terlalu merendah diri dan sebaliknya giat membina kemampuan berbicara serta penceritaan yang meyakinkan jika mahu mendapatkan modal teroka asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi keseluruhan Malaysia diunjurkan kekal terkawal pada 1.9 peratus pada 2026, menurut firma penyelidikan.